window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Porsche, Ferrari dan Lotus antara yang ditahan polis kerana ‘lepas geram’ di Ulu Yam!

Haris · Sep 6, 2021 10:00 AM

Porsche, Ferrari dan Lotus antara yang ditahan polis kerana ‘lepas geram’ di Ulu Yam! 01

Beberapa buah kereta berprestasi tinggi telah ditahan oleh pihak Polis Daerah Hulu Selangor ketika Op Penguatkuasaan Trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik. Operasi ini dilakukan di Jalan Sungai Tua - Ulu Yam dan Jalan Batang Kali - Genting Highlands secara mengejut. Tempat-tempat yang dinyatakan adalah 'hot spot' sebagai tempat menguji kenderaan bagi kebanyakan peminat kereta.

Porsche, Ferrari dan Lotus antara yang ditahan polis kerana ‘lepas geram’ di Ulu Yam! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam satu hantaran di Facebook Polis Daerah Hulu Selangor, sebanyak 72 buah motokar, 22 buah motosikal, 3 buah MPV dan 2 buah lori telah ditahan.

Selain itu, 19 kompaun telah dikeluarkan kerana atas kesalahan merentas negeri / daerah tanpa kebenaran di samping 19 lagi saman trafik juga telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik yang lain.

Porsche, Ferrari dan Lotus antara yang ditahan polis kerana ‘lepas geram’ di Ulu Yam! 01

Namun apa yang lebih menarik perhatian wargamaya adalah kehadiran kereta-kereta berprestasi tinggi yang ditahan turut disiarkan oleh pihak Polis Daerah Kuala Selangor. Antara model-model yang diperlihatkan terdiri daripada Ferrari, Porsche dan Lotus.

Baca: Main tender; kereta mewah, heli dan kapal bernilai RM 15.7 juta milik kartel disita

Porsche, Ferrari dan Lotus antara yang ditahan polis kerana ‘lepas geram’ di Ulu Yam! 02

Selain daripada itu, kebanyakan komen yang dipercayai oleh penduduk sekitar meminta pihak polis untuk mempergiat lagi operasi di kawasan tersebut yang selalu menjadi ‘litar’ bagi pemilik-pemilik kereta untuk mencuba jentera masing-masing.

Kebanyakan penduduk setempat yang mungkin sudah lali mendengar deruman enjin kereta-kereta eksotik ini berpendapat bahawa operasi harus diperketat bagi kesejahteraan penduduk. 

Porsche, Ferrari dan Lotus antara yang ditahan polis kerana ‘lepas geram’ di Ulu Yam! 03

Pihak polis turut menyeru orang ramai supaya mematuhi peraturan-peraturan ketika di jalan raya dan menjaga keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain serta pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara. Kita masih belum menang.

Baca: Sangap 'corner baring', 15 penunggang 'superbike' ditahan dan dikompaun di Kuala Klawang!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda