Review Pemilik: BMW 525i (E34) 1995 saya – jentera pemanduan klasik paling mantap

Tak susah untuk difahami kenapa BMW 525i menjadi model E34 paling popular pada peringkat global dengan 434,549 unit terhasil. Peminatnya gemarkan kereta klasik ini kerana pemanduannya yang lancar dan serba-serbi hebat. Ia menjadi kereta harian kegemaran ramai dan golongan korporat, cukup popular pada zaman 90-an. Peminat tegar pemanduan kini menganggap jentera ini sebagai satu permata berharga yang mengujakan.

Kali ini, kami ingin berkongsi satu rebiu menarik diceritakan oleh saudara Harish Kumar, pemilik sebuah BMW 525i (E34) 1995 yang menjadi kebanggaannya. Nukilan beliau di laman forum popular kami, WapCar Community, mendapat sambutan hebat dan dalam entri ini, kami ingin kongsikannya pula dengan para pembaca WapCar – BM.

Jika anda berminat untuk berkongsi pengalaman anda sendiri, dapatkan pautannya di penghujung artikel ini.

Maklumat asas kereta

BMW 525i (E34) 1995

Tujuan saya membeli BMW 525i (E34)

“Banyak Makan Wang”, “Banyak Masuk Workshop” … ini barangkali kata-kata yang sering kita dengar apabila disebut nama BMW di Malaysia. Persoalannya, masihkah seseorang boleh menikmati pengalaman pemilikan yang memuaskan dengan sebuah kereta BMW, apatah lagi model klasik? Bagi saya, kemungkinannya masih sangat tinggi. Inilah pengalaman saya setelah 26 tahun memiliki kereta ini dan semuanya bermula pada satu malam yang sunyi di lebuhraya MEX. Ketika itu, saya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki Volvo V40 T4 saya. V40 itu, walaupun ia bukanlah kereta paling laju dikalangan pesaingnya, sememangnya cukup berkuasa, dijana oleh enjin berpengecas turbo 4 silindernya. Sedang leka memandu, saya terlihat lampu kuning malap di cermin sisi kereta saya yang semakin menghampiri dari belakang.

Memandangkan jalan raya lengang pada masa itu, saya pun memijak lagi pedal pacuan. Walaupun saya memecut ke hadapan dengan cukup ‘steady’, saya tidak mampu membebaskan diri dari kereta di belakang dan ini berterusan selama beberapa minit sehinggalah saya menukar lorong di plaza tol. Semasa kereta itu tadi lalu di sebelah saya, saya lihat ia adalah sebuah BMW E34 525i. Saya rasa geli hati. “Macam mana kereta lama boleh ‘lekat’ sampai macam tu sekali?” bisik saya di dalam hati dan berlalu pergi.

Seminggu berlalu, dan saya masih teringat-ingat dengan kereta tersebut. Saya mengaku saya tak pernah ambil peduli tentang E34. Tak lama selepas itu, saya dapat tahu yang sikap endah tak endah akan model kereta ini ialah kerana ia sering dipinggirkan disebabkan oleh generasi sebelumnya yang lebih hebat iaitu E39.

Apabila tiba masanya bagi saya untuk menukar kereta setelah 3 ½ tahun memiliki V40, saya mula mempertimbangkan keputusan untuk membeli E34. Saya ambil masa beberapa minggu untuk membuat kajian di internet tentang apa sahaja yang boleh dipelajari berkaitan E34. Secara semulajadiya, saya semakin gemarkan rupa bentuk E34; hudnya yang panjang dan klasik, rupanya yang nampak tegap dan mewah, serta lampu hadapan bulat yang dikenali digabungkan lagi dengan jejaring bentuk ‘kidney’ yang lebar – antara rupa yang paling ikonik pernah dicipta oleh BMW.

Rekaan Clause Luthe kekal inovatif dan kemas pada 2021, masih tak lapuk sejak 1995.

Proses pemilihan kereta

  • Saya ada bajet RM 10,000
  • Pilihan lain yang saya pertimbangkan termasuklah varian 520i dari model yang sama.

Sebab saya memilih BMW 525i (E34)

Walaupun sudah 12 bulan mencari E34 idaman saya, saya belum lagi bertemu kereta yang sesuai. Proses pencariannya membawa saya ke serata tempat di Malaysia, berselisih dengan peminat kereta yang berkongsi minat sama dan dia juga mengajar saya cara mudah untuk mengesan perkara yang perlu dielak dalam unit-unit terpakai. Saya amat bersyukur dengan pengalaman dan ilmu yang terkumpul, tapi pada masa sama saya hampir berputus asa dalam mencari E34 yang diidam-idamkan selama ini.

Malangnya, tiba-tiba pandemik mula diumumkan dan segala rancangan saya terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dua bulan selepas itu, saya menemui satu muatnaik di Facebook tentang sebuah E34 525i yang ingin dijual. Merujuk pada gambar, ia nampak unik sedikit tidak diubahsuai langsung – ia masih mempunyai rim asal dan catnya juga nampak kemas. Ia cukup sempurna sehinggakan saya rasa mesti ada sesuatu yang tak kena, namun perasaan ingin tahu saya lebih kuat dan akhirnya, saya hubungi penjual kereta tersebut. Pada tahap awal perbincangan kami, saya diberitahu yang kereta ini hanya ada seorang pemilik sebelum dijual.

Apa lagi, saya pun tetapkan janji temu untuk melihat dan memandu uji kereta tersebut. Ketika saya datang melihatnya, saya dapati kereta ini masih lagi ada sarung kerusi velour yang asal, papan pemuka pun tak retak, trim ‘roofline’ ori, perincian kulit yang nampak lama tapi tak rosak, serta alatan elektronik yang berfungsi dengan baik. Selain daripada beberapa kerosakan kecil, ia masih lagi berada dalam kondisi sempurna. Malah, kereta ini juga masih ada dokumentasi asal dan kit pertolongan cemas! Saya pun membayar deposit pada hari itu juga dan penjual mengambil masa seminggu untuk memberikan kunci kereta kepada saya.

Pengalaman pemilikan BMW 525i (E34) 1995

  • Purata penggunaan minyak kereta ini ialah 9 – 12 km/liter.

Sejak saya memiliki E34 ini, saya dah tak pandang ke belakang. Enjin ‘inline-6’nya yang sangat lancar sudah menempuh hampir 550,000 km, namun ia masih lagi mampu memberi pemandu merasa kuasa kuda brek 189-nya. Dalam masa 15 bulan memiliki kereta ini, saya telah menggantikan tayar baru, proses pembersihan cecair secara menyeluruh, menghantarnya untuk servis penghawa dingin serta lapisan cat baru.

Saya tidak perlu membuat sebarang pembaikan yang besar setakat ini kerana kereta ini cukup bagus keadaannya dan tidak mendatangkan masalah. Kami membawanya keluar konvoi ke Utara tahun lalu dan saya memandunya setiap minggu dengan kerap untuk membeli barang dapur ataupun bersiar-siar ‘ala-Italian’ di kawasan perumahan saya. Saya sering tak sabar setiap kali membawanya keluar memandu, tak kisahlah perjalanan pendek atau panjang kerana pengalaman pemanduannya sangat-sangat menyeronokkan. Sebenarnya, menaip kisah pengalaman ini pun membuatkan saya rindu untuk keluar memandu bersama kereta ini. Keluar jap.

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan BMW 525i (E34)

  • Kotak gear 4 kelajuan bersumberkan GM masih berfungsi dengan baik dan tidak mendatangkan masalah.
  • Stereng berkuasanya yang terasa hidraulik memberi tindakbalas yang mencukupi kepada pemandu, memberi gambaran jelas tentang posisi tayar hadapan pada setiap masa.
  • Keseimbangan beratnya masih lagi mengagumkan dan ia sangat mengujakan jika difikirkan bagaimana jurutera kereta ini mampu mencapai semua ini menerusi tetapan yang sebahagian besarnya mekanikal.

Kekurangan BMW 525i (E34)

  • Sudut pandang belakang tidak begitu bagus memandangkan ini rekaan 30 tahun lalu.
  • Perkara yang sama juga dengan cermin sisinya. Rekaan kereta sudah maju jauh ke hadapan sejak beberapa dekad yang lalu.
  • Satu lagi kekurangan rekaan lama ini ialah ketiadaan perincian moden seperti pemegang cawan, pemalap cermin pandang belakang, dan lampu hadapan yang lebih terang.

Penilaian BMW 525i (E34)

Skor Keseluruhan: 5/5

Prestasi: 5/5

Kualiti dan Kelengkapan: 3/5

Ruang: 3/5

Keselesaan Perjalanan: 5/5

Penjimatan Minyak: 4/5

Harga dan Kos: 5/5

Rumusan

Kereta ini sememangnya menepati semua jangkaan saya. Laju, stabil, dan mempunyai imej mewah. Enjinnya menderum bersemangat setiap kali ia dihidupkan, menerbitkan rasa puas hati pada pemandunya. Walaupun dipandu dengan beria-ia, kereta ini mampu mengekalkan karakter ‘sporty’nya namun masih rasa terkawal. Ia sememangnya satu permata berharga dalam kejuruteraan moden dengan gangguan elektronik yang sangat sedikit dan masih setia dengan slogan lama BMW, “The Ultimate Driving Machine”.

Anda berminat untuk kongsikan pengalaman pemilikan anda dan bercerita tentang kereta kesayangan anda? Kami di WapCar amat berbesar hati untuk menerima nukilan anda dan mengongsikannya di forum popular kami, cuma klik pautan di dalam gambar di atas!

Tambahan pula, anda boleh menerima cenderahati istimewa dari kami. Jom daftar untuk dapatkan maklumat lanjut! Staf kami akan hubungi anda secepat mungkin sejurus selepas pendaftaran anda dihantar. Tunggu apa lagi? Jom!

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

BMW 5 Series

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

BMW 5 Series
Cek Lebih