Ramai yang tidak menyedari bahawa cermin pandangan belakang mempunyai mod malam. Ini bukan artikel pasal cermin belakang kereta mewah dengan fungsi malap automatik, ini adalah cermin pandangan belakang biasa yang boleh anda temui pada Perodua Myvi.
Mod malam tersebut memalapkan cahaya yang menyilaukan anda ketika memandu pada waktu malam dengan menggelapkan sebahagian besar pantulan cahaya. Anda masih boleh melihat lampu kereta di belakang anda dengan jelas tanpa silau. Fungsi ini sangat berguna untuk pemandu yang menghidapi astigmatisme.
Kereta mewah seperti Volvo XC40 dan BMW 3 Series mempunyai fungsi malap automatik yang menggelapkan cermin pandangan belakang secara automatik. Tetapi jika anda mempunyai cermin pandangan belakang biasa, anda hanya perlu menarik tab kecil di bahagian bawah cermin ke arah anda.
Mod malam tidak berfungsi apabila tiada silau yang memantul di cermin. Apabila diaktifkan tanpa silau, anda akan melihat siling kereta anda pada cermin dan bukannya pandangan belakang. Sila pastikan untuk sentiasa mematikan mod malam selepas tiada lagi pantulan silau.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}