window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sedia hadapi peningkatan 4 juta kenderaan atas jalanraya sehari - LLM

Haris ยท Oct 12, 2021 11:59 AM

Sedia hadapi peningkatan 4 juta kenderaan atas jalanraya sehari - LLM 01

Kemana minggu ini? Apa apa pun, semua pengguna jalan raya diingatkan untuk mengamalkan pemanduan berhemah dan tolak ansur dalam menghadapi kenaikan sehingga 4 juta kenderaan berbanding 3.5 juta kenderaan dalam tempoh sehari pada masa ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Mohd Shuhaimi Hassan berkata, hal ini adalah susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai kebenaran rakyat Malaysia yang telah lengkap divaksin untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula semalam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, peningkatan ini juga adalah berikutan daripada cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul yang berdekatan. LLM telah membuat persediaan sepenuhnya bagi memastikan keselesaan dan kelancaran trafik untuk musim perayaan tersebut.

Sedia hadapi peningkatan 4 juta kenderaan atas jalanraya sehari - LLM 01

Tambahnya lagi, LLM telah mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya untuk menjadualkan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan untuk mengelakkan pelaksanaan penutupan lorong bagi memastikan kelancaran pergerakan trafik,

"...terutamanya di Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuhraya Kajang Seremban semasa cuti hujung minggu atau cuti umum bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan.

Sedia hadapi peningkatan 4 juta kenderaan atas jalanraya sehari - LLM 02

Mohd Shuhaimi berkata, syarikat pengendali lebuh raya juga diarah melakukan persiapan bagi memastikan semua kawasan rehat dan rawat serta hentian sebelah sepanjang lebuh raya berada dalam keadaan baik dan teratur serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, memastikan baki kad 'Touch and Go' mencukupi, merancang dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Baca: TERKINI: Merentas negeri & sektor pelancongan di seluruh Malaysia dibenarkan bermula Isnin!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda