Sekalipun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan Boon Siew Honda, bukan lagi rahsia 'Super moped' yang dinanti-nantikan ramai peminat kapcai di negara ini, Honda Winner X akan dilancarkan tidak lama lagi.
Apa tidaknya, hampir kesemua kedai motosikal di seluruh negara sudah pun menyiarkan iklan mengenai model berkenaan dengan tempahan sudah pun dibuka termasuk di cawangan Honda Impian X.
Juga baca: Tak lama lagi, Honda Winner X sudah boleh ditempah di Malaysia!
Dikenali sebagai Honda Winner X di pasaran Vietnam, begitupun model berkenaan hampir pasti akan menggunakan nama berbeza di pasaran Malaysia.
Ini berikutan dokumen permohonan paten yang dibuat oleh Honda Motor Co. LTD kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan nama RS-X berkenaan dikatakan merujuk kepada model Winner X. Imej dokumen berkenaan sudah pun terdedah.
Juga baca: Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat?
Justeru, kemungkinan untuk Honda Winner X hadir sebagai RS-X cukup besar yang dilihat mempunyai kesinambungan daripada model terdahulu dikenali sebagai Honda RS150R.
Apapun, ia bukan sesuatu yang pelik kerana di Vietnam, Honda RS150R turut dikenali sebagai Honda Winner di negara berkenaan dengan model paling baharu dikenali sebagai Winner X.
Juga baca: Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam?
Sekalipun bernadikan trenkuasa yang sama, Honda Winner X tampil dengan rekaan cukup berbeza berbanding versi Winner terdahulu dengan peningkatan beberapa ciri termasuk penggunaan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Di Vietnam, popularitinya berjaya mengatasi sebuah lagi Super Moped popular keluaran Yamaha, Y15ZR yang memaksa syarikat berkenaan mengeluarkan model terbaharu, Yamaha Exciter 155 atau Y16ZR di Malaysia.
Berbalik kepada penggunaan nama Honda RS-X, boleh dikatakan ia adalah pilihan yang agak menarik namun keputusan akhir pastinya masih bergantung kepada keputusan Boon Siew Honda.
Dan berdasarkan maklumat, model ini bakal dilancarkan di pasaran Malaysia dalam tempoh terdekat dengan jangkaan tarikh pelancaran adalah pada November ini. Sama-sama kita nantikan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}