Tak lama lagi, Honda Winner X sudah boleh ditempah di Malaysia!

Khairil · Sep 24, 2021 04:00 PM

Tak lama lagi, Honda Winner X sudah boleh ditempah di Malaysia! 01

Tak dinafikan ramai yang ternanti-nanti kehadiran 'Super moped' keluaran Honda, Winner X yang dianggap sebagai pencabar Yamaha Y16ZR di negara ini.

Bukan saja di Malaysia, malah negara pasaran gergasi motosikal seperti Thailand dan Indonesia masih menunggu untuk ia dilancarkan dengan Vietnam menjadi negara 'rasmi' motosikal ini dijual.

Tak lama lagi, Honda Winner X sudah boleh ditempah di Malaysia! 02

Tetapi penantian itu tampak bakal berakhir di Malaysia apabila salah satu syarikat penjual motosikal tempatan, Chin Hin (Jitra) Sdn. Bhd membuat paparan di laman Facebook yang motosikal itu sudah boleh ditempah.

Tak lama lagi, Honda Winner X sudah boleh ditempah di Malaysia! 01

"Akhirnyaaaaaa!! Penantian kini berakhir. Akan datang... Kami sudah mula buka tempahan untuk model Honda Winner X mulai hari ini."

Perkembangan itu jelas menggembirakan namun seperti biasa, tiada kenyataan rasmi diperoleh daripada Boon Siew Honda (BSH).

Apapun, Honda Winner X sememangnya menunggu masa untuk dilancarkan di negara ini. Ini berikutan laporan mengenai imej motosikal itu sedang menjalani tunggung uji sudah beberapa kali diterbitkan media automotif tempatan termasuk kami.

Juga baca: Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat?

Tak lama lagi, Honda Winner X sudah boleh ditempah di Malaysia! 02

BSH sudah melancarkan beberapa model terbaharu pada tahun ini termasuk antara yang dinanti-nantikan iaitu skuter Honda ADV 150 dan terbaharu, CBR150R 2021.

Justeru, peluang untuk melihat Honda Winner X dilancarkan cukup besar.

Tak lama lagi, Honda Winner X sudah boleh ditempah di Malaysia! 03

Sebagai info, model Honda Winner X dilancarkan secara rasmi di Vietnam Julai 2019. Sekalipun masih menggunakan enjin bersesaran 150 cc, reka bentuk dan teknologi yang dimiliki model ini menyaksikannya kekal relevan sebagai pesaing Yamaha Y16ZR yang baru dilancarkan.

Tak lama lagi, Honda Winner X sudah boleh ditempah di Malaysia! 04

Antara ciri-ciri menarik yang dimiliki model ini ialah lampu utama LED, panel meter digital berwarna dan dilengkali Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Tak lama lagi, Honda Winner X sudah boleh ditempah di Malaysia! 05

Di Vietnam, varian tertinggi Honda Winner X iaitu Race Track Version dijual pada harga 50,090,000 VND (RM 9,224).

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru