window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Amaran! Kesalahan berulang guna e-skuter di jalan raya boleh didenda, penjara

Mersita ยท Oct 21, 2021 04:00 PM

Amaran! Kesalahan berulang guna e-skuter di jalan raya boleh didenda, penjara 01

Tahukah anda penunggang skuter elektrik (e-skuter) yang masih degil dan membuat kesalahan berulang iaitu menunggang di atas jalan raya boleh dikenakan denda atau hukuman penjara?

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata, pihak polis menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai penunggang skuter elektrik di atas jalan raya bandar kerana ia mengganggu pengguna jalan raya yang lain, boleh mendatangkan bahaya atau terlibat dengan kemalangan jalan raya, lapor Harian Metro.

Menurutnya, penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya atau kawasan selain yang digazetkan di ibu negara adalah dilarang dan tindakan undang-undang mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 boleh dikenakan terhadap individu yang ingkar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Skuter elektrik hanya boleh digunakan di kawasan-kawasan yang telah digazetkan, contohnya; taman permainan, kawasan pejalan kaki, dan juga kawasan di sekitar pusat beli-belah di ibu negara.

Amaran! Kesalahan berulang guna e-skuter di jalan raya boleh didenda, penjara 01

Baca juga: E-skuter akan diharamkan di jalanraya bermula 1 Januari 2021

Oleh itu, penunggang skuter elektrik di jalan raya awam boleh dikenakan tindakan jika ditangkap membuat kesalahan sama dua kali.

Apabila dikuatkuasakan, penunggang ingkar ini boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 54 APJ 1987 dengan kesalahan pertama didenda sebanyak RM300 dan kesalahan kedua, boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara tiga bulan," katanya kepada akhbar itu.

Namun, sebelum itu, pendekatan advokasi dan dijalankan dan nasihat akan diberi terlebih dahulu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda