Berita mengenai kehadiran kenderaan elektrik (EV) BMW iX di Malaysia bukanlah suatu berita baharu. BMW Malaysia telah lama mengacah model tersebut pada bulan Mac 2021, sebelum melancarkan EV baharu tersebut pada bulan Ogos.
Walaupun berjaya mengumpulkan sehingga 64 unit pra-tempahan dalam tempoh 5 hari selepas pelancarannya, SUV tersebut masih belum pernah dilihat di atas jalanraya Malaysia, sehingga kini.
Seperti yang dilihat pada kumpulan Facebook ζΉθ£ ζ η½ͺ(v), sebuah BMW iX dilihat bersendirian pada treler, memberi bayangan bahawa BMW Malaysia mungkin akan memulakan penghantaran EV baharunya ini tidak lama lagi.
Baca: Penangan BMW iX 2021 di Malaysia, cecah 64 tempahan dalam masa 5 hari!
Sebagai imbasan, BMW iX berharga antara RM 435,800 hingga RM 493,400, tersebar dalam empat varian. Harga untuk BMW iX pasca Belanjawan 2022 masih belum didedahkan.
Kuasa BMW iX xDrive40 datang daripada pemacu dwi-motor (pacuan semua roda) dengan 326 PS dan 630 Nm yang mampu menyiapkan 0-100 km/j dalam 6.1 saat, manakala kelajuan tertinggi ialah 200 km/j.
Kapasiti bateri dinilai pada 76.6 kWj, yang membolehkan kenderaan tersebut sehingga 425 km dalam kitaran WLTP.
Model BMW xDrive50 yang lebih berkuasa akan tiba kemudian tetapi pendaftaran minat kini di buka.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}