Sudah tentu, Malaysia ketinggalan di belakang Thailand dan Indonesia dalam memperkenalkan model baharu tetapi akhirnya, 2022 Kia Karnival generasi baharu sah menyusul ke Malaysia. Tempahan untuk MPV 11-penumpang tersebut kini dibuka tetapi harga masih belum diumumkan ketika artikel ini diterbitkan.
Pengedar Kia yang baharu – Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd. – mengesahkan bahawa akan memperkenalkan MPV generasi keempat ini (kod nama KA4) dalam satu pilihan tunggal 11 tempat duduk.
Ia adalah model yang lebih besar daripada generasi terdahulu (kod nama YP), berukuran 40 mm lebih panjang daripada sebelumnya pada 5,155 mm, 10 mm lebih lebar pada 1,995 mm dan terletak pada jarak roda 30 mm lebih panjang, menjadikan 3,090 mm.
Baca: Nak beli Alphard recond? Ini 30 bukti bergambar kenapa anda patut tunggu untuk Kia Carnival CKD
Memacu tayar Kia Carnival ialah enjin 2.2 liter turbodiesel Smartstream, dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Output dinilai pada 199 PS, dengan tork 440 Nm.
Kia mendakwa bahawa Kia Carnival boleh memberikan angka kecekapan bahan api serendah 6.5 liter/100 km.
Senarai kelengkapan untuk Kia Carnival spesifikasi Malaysia merangkumi rim 18-inci, lampu dwi-LED, lampu nyalaan siang (DRL) LED dan lampu kabus LED, tetapi lampu belakang dan lampu kabus di belakang adalah daripada jenis mentol.
Baca: Kia Carnival 2021 pandu kanan di Pameran Motor Bangkok 2021 – apa barang pakai Alphard?
Bergerak ke bahagian dalam, terdapat stereng kulit dengan gugusan instrumen analog terletak di belakangnya, penyaman udara hadapan dwi-zon dan pengecas nirwayar.
Tempat duduk kesemuanya dibalut dengan kulit tiruan, dengan kerusi pemandu menggunakan tempat duduk boleh laras kuasa 8 arah (dengan pelarasan lumbar 2 hala), manakala penumpang mendapat kerusi yang sama tetapi tanpa pelarasan lumbar.
Baca: Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia?
Dari segi keselamatan, Kia Carnival ini menerima 7 beg udara standard, kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan bantuan bukit (HAC).
Bagi ciri keselamatan aktif, Kia Carnival spesifikasi Malaysia hanya menerima Amaran Perlanggaran Titik Buta (BCW) dan Bantuan Mengelak Perlanggaran Lalu Lintas Rentas Belakang (RCCA).
Terdapat 6 warna yang ditawarkan, serta sokongan jaminan 5 tahun/100,000 km. Pelancaran dijangka akan berlaku hujung minggu ini justeru nantikan liputan Wapcar pada hari Jumaat, 3 Disember 2021.
Untuk mengetahui apa yang Kia Carnival mampu tawarkan, lihat ulasan dari laman web Autofun Thailand, sarikata dalam Bahasa Inggeris.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}