Don Feng Sokon (DFSK) kini dengan bangganya menyertai persaingan kereta elektrik (EV) di Indonesia dengan mempertontonkan jentera Seres SF5. Bagi anda yang belum tahu, model ini adalah hasil pembangunan antara syarikat telekomunikasi Huawei dan jenama kereta Seres.
DFSK sebenarnya ada hasrat untuk menghasilkan kereta mesra alam yang turut meletakkan fokus pada aspek prestasi.
Buat masa ini, pratonton yang dibuat bertujuan untuk memperlihatkan teknologi model ini kepada pasaran Indonesia. Setakat ini, DFSK belum mengumumkan bila Seres SF5 akan dilancarkan ke pasaran tersebut.
Apapun, Seres SF5 tidak ada kaitan dengan jenama kereta rasmi Huawei yang dikenal sebagai Avatar Technologies. Penglibatan Huawei dalam Seres SF5 sebenarnya merujuk kepada teknologi baharu yang diterapkan pada sebuah SUV elektrik yang diperkenalkan awal tahun ini.
Dimensi Seres SF5 | ||
---|---|---|
Seres SF5 | Hyundai Santa Fe | |
Panjang (mm) | 4,700 | 4,770 |
Lebar (mm) | 1,930 | 1,890 |
Tinggi (mm) | 1,625 | 1,680 |
Jarak roda (mm) | 2,875 | 2,765 |
Juga baca: Bisnes telefon pintar Huawei terjejas, kini nak bina kereta elektrik macam Tesla!
Jadi secara teknikalnya, Seres SF5 datang dengan ciri moden seperti Huawei Intelligence Car atau HiCar (lebih kurang Apple CarPlay dan Android Auto), Huawei Sound dan Huawei DriveOne Three-in-One Electric Drive. Yang terakhir itu adalah sistem yang mengurangkan kerisauan pengguna terhadap jarak pandu elektrik.
Di China, Seres SF5 bermula pada harga 216,800 CNY (~RM 114,000) ke 246,800 CNY (~RM 164,000). Untuk pengetahuan anda, EV Seres SF5 ini sedikit murah berbanding Zeekr 001 milik Geely yang mana harganya bermula dari 299,000 CNY (~RM 198,000).
Juga baca: Huawai sertai automotif bersama Avatar Technologies, kereta pertama menjelang akhir 2021
Gabungan sistem Huawei DriveOne Three-in-One Electric Drive dan SEP200AC Seres, SF5 didakwa boleh berjalan sehingga 1,000 km dengan sekali cas. Kuasa untuk spesifikasi pacuan semua roda yang ada pada varian teratas pula mencecah 550 PS dan 820 Nm tork.
Varian ini boleh melakukan pecutan 0 – 100 km/j dalam masa 4.68 saat sahaja.
Secara amnya, perlumbaan EV China di pasaran Indonesia semakin menarik. Jenama Wuling ada EV kecil yang diasaskan oleh GSEV. DFSK yang diceritakan ini pula ada jentera Seres SF5. Cuba bayangkan pada tahun-tahun akan datang nanti.
Juga baca: Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}