window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Huawai sertai automotif bersama Avatar Technologies, kereta pertama menjelang akhir 2021

Faisal ยท Aug 27, 2021 04:00 PM

Huawai sertai automotif bersama Avatar Technologies, kereta pertama menjelang akhir 2021 01

Huawei secara rasminya akan sertai perniagaan automotif bersama dengan Avatar Technology. Jenama baru ini merupakan satu bentuk usaha sama dengan Changan Automobile dan CATL, iaitu pembekal bateri lithium-ion nombor 1 di dunia. Kereta pertama yang akan dikeluarkan hasil oleh kerjasama ini adalah Avatar E11.

Secara teknikal, Avatar Technology dijenamakan semula dari Changan Nio New Energy Automotive Technology Co. Ltd. Syarikat ini asalnya ditubuhkan oleh kerjasama antara Changan Automobiles dan jenama automotif, Nio.

Huawai sertai automotif bersama Avatar Technologies, kereta pertama menjelang akhir 2021 02

Avatar E11.

Tetapi pada awal tahun ini, Changan telahpun meningkatkan pegangan usaha sama ini dari 45 peratus ke 95.8 peratus. Secara tidak langsung, perkara ini membenarkan mereka untuk mengawal syarikat itu dengan sepenuhnya. Untuk maklumat anda, pengasas Nio, Encik William Li, sudah mengundurkan diri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apapun, Changan akan menguruskan Avatar Technology secara menyeluruh. Huawei dan CATL pula akan bekerjasama untuk membangunkan teknologi canggih yang akan dijual di bawah jenama Avatar.

Huawai sertai automotif bersama Avatar Technologies, kereta pertama menjelang akhir 2021 01

Mengenai Avatar E11, SUV elektrik yang panjangnya berukuran 4.8 meter itu dibangunkan untuk bersaing terus dengan Tesla dan jenama Nio sendiri.

Model itu dikhabarkan hadir dengan pemanduan autonomi Huawei HI dan sistem operasi Harmony OS. Tidak cukup dengan itu, ia juga akan menggunakan teknologi bateri terkini dari CATL.

Juga bacaBisnes telefon pintar Huawei terjejas, kini nak bina kereta elektrik macam Tesla!

Secara keseluruhan, Avatar E11 bakal menjadi kereta pertama yang dibangunkan oleh falsafah rangkaian elektrik pintar yang mana ia dikenal sebagai platform CHN.

Beberapa media telahpun melaporkan bahawa fasa prototaip Avatar E11 sudah sedia untuk dibentangkan. Jurutera mereka buat masa ini sedang menyempurnakan beberapa perkara lagi supaya SUV elektrik tersebut boleh dilancarkan pada akhir tahun 2021.

Huawai sertai automotif bersama Avatar Technologies, kereta pertama menjelang akhir 2021 02

Bukan main tajam lagi bentuk DRL ini.

Perancangan untuk platform CHN

Avatar E11 merupakan salah satu daripada lima kereta berplatformkan CHN yang bakal mereka lancarkan. Avatar sendiri berhasrat untuk melancarkan satu kereta setiap tahun.

Changan pula meramalkan untuk jual 3 juta kereta menjelang tahun 2025. Di samping itu, jenama Avatar akan meliputi 35 peratus daripada jualan di pasaran kereta elektrik (EV).

Juga bacaNio atau 'Tesla China' mahu hasilkan jenama marhaen! Apa yang bakal ditawarkan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia