Terima kasih kepada rakan kami di Autofun.co.th, kami telah mendapat imej serta maklumat lanjut tentang SUV Mercedes-Benz GLB Progressive 2020 yang baru dilancarkan. Bermula pada harga THB 2.86 juta (RM 390,000), ia mengambil tempat diantara model GLA dan GLC.
Direka sebagai pencabar utama kepada BMW X1 dan Volvo XC40, mesin buatan Mexico ini mempunyai platform sokongan yang sama dengan generasi A-Class generasi W177 dan GLA generasi H247.
SUV 7-tempat duduk ini dikuasakan oleh enjin 1.3 liter 4-silinder dengan pengecas turbo yang menghasilkan 163 PS dan menggerakkan roda depan melalui transmisi dwi-klac 7-kelajuan (DCT).
Bahagian interior pula, ia dilengkapi dengan sistem infotainment Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang telah dikemas kini dan juga perkhidmatan penyambungan Mercedes me.
Dengan tempat duduk baris kedua dan ketiga yang boleh dilipat, ruang bagasi maksimum adalah 1,805 liter.
Dengan penampakkan baru-baru ini di Indonesia beserta pelancaran ini, hanya tinggal masa sahaja sehingga pasaran Malaysia juga mendapat SUV 7-tempat duduk ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}