BMW i4 eDrive40 kini telah mendarat di Malaysia. Kedatangannya sebagai ahli baru dalam barisan tawaran kereta elektrik oleh BMW yang kini terdiri daripada BMW iX dan iX3. Tapi, kena sabar, kerana harganya belum diumumkan lagi.
BMW i4 eDrive40 dikuasakan oleh motor elektrik terletak di bahagian belakang kereta yang boleh menjana ‘output’ maksima setinggi 340 PS, 430 Nm. Pecutan 0 – 100km/jam boleh dicapai dalam masa 5.7 saat, manakala kelajuan maksimanya mencecah 190 km/jam.
Bateri bervoltan tinggi ini diletakkan di lantai kenderaan dan ia mempunyai kapasiti kasar sebanyak 83.9 kWh (80.7 kWh net), dan jarak pemanduannya ialah sehingga 590 km dengan kitaran WLTP.
Pengecasan AC ditetapkan pada kadar maksima 11 kW, dan boleh dicas dari 0 – 100 peratus dalam tempoh kurang 8.5 jam. Manakala bagi pengecasan pantas DC pula, kadar maksimanya ialah 200 kW – membolehkan BMW i4 ini dicas dari 10 – 80 peratus dalam tempoh hanya 31 minit.
Baca juga: Pengecas pantas DC BMW pertama di Malaysia kini dibuka untuk kegunaan awam
Di bahagian dalam kereta pula, BMW Curved Display menghiasi paparan infotaimennya bersaiz 12.3 inci dan paparan kawalan 14.9 inci, menjadikannya satu unit berfokuskan pemandu, berdasarkan BMW Operating System 8 baharu.
Ia juga dilengkapi Head-Up Display sebagai spesifikasi standard.
Kelengkapan lain termasuklah kawalan iklim automatik tiga zon dan sistem audio ‘surround’ Harman Kardon berserta 16 ‘speaker’ dan ‘amplifier’ digital tujuh saluran.
Sistem bantuan pemandu di dalam BMW i4 eDrive40 termasuklah Driving Assistant Professional yang merangkumi:
Bantuan Parkir juga boleh didapati, termasuklah Kawalan Aktif Jarak Parkir, bantuan parkir lateral dan bantuan undur. Sebagai opsyen, pelanggan boleh memilih Bantuan Parkir Plus dengan Sistem Pemandangan Sekeliling dan Pemandangan 3D Remote.
Pemilik BMW i4 eDrive40 akan menerima pengalaman lengkap BMW Group Malaysia Premium Ownership yang merangkumi:
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}