PT Toyota-Astra Motor (TAM), iaitu pengedar Toyota di Indonesia baru sahaja melancarkan Land Cruiser 300 ke pasaran sana.
Raja segala SUV ini ditawarkan dengan varian VX-R dan GR Sport. Di sana, harga Land Cruiser VX-R bermula pada 2.33 bilion Rupiah (~RM 680k). Varian GR Sport pula ditawarkan pada 2.38 bilion Rupiah (~RM 696k) dan kedua-duanya diimport (CBU) dari Jepun.
Juga baca: Toyota Land Cruiser GR-Sport tiada logo, hanya tulis TOYOTA sahaja di depan! Rekaan baru?
Menariknya, Land Cruiser 300 di Indonesia hadir dengan lencana 70th Anniversary pada bahagian tepi dan belakang beserta di bahagian penghadang keluar masuk kenderaan. Sentuhan yang cukup istimewa ini adalah bersempena dengan ulang tahun Land Cruiser yang ke-70.
Dari segi enjin, ia dikuasakan oleh janaan 3.3L diesel V6 twin-turbo (305 PS, 700 Nm). Uniknya, angka yang TAM rasmikan adalah 4 PS lebih rendah berbanding apa yang dikeluarkan sewaktu debut global.
Hembusan kuasa sebanyak ini dihantar ke empat-empat roda melalui transmisi automatik 10 kelajuan.
Secara amnya, LC 300 dibangunkan berasaskan platform TNGA-F. Dengan platform baharu, jurutera Toyota berupaya meletakkan sistem suspensi double wishbone di depan dan coil spring 4-link di belakang.
Khusus untuk GR Sport adalah ciri kawalan kestabilan dan suspensi adaptif yang ditala istimewa oleh pemandu rali Dakar. Sistem E-KDSS (Electronic Kinetic Dynamic Suspension System) ini lengkap dengan kunci differential elektronik untuk roda depan dan juga belakang.
Juga baca: Toyota Hilux 'hardcore' dengan enjin V6 Land Cruiser 300 bertanding dalam rali Dakar 2022
Satu lagi ciri yang patut disebut adalah Auto-MTS (Multi-Terrain Select). Sistem ini boleh mengesan kualiti dan sudut jalan dan ia akan mengubah suai komponen yang berkait untuk cengkaman tayar yang mantap di permukaan mencabar seperti pasir, batu, lumpur dan sebagainya.
Secara standard, Land Cruiser 300 dilengkapkan dengan ciri seperti:
Berkenaan ciri keselamatan, Land Cruise 300 di pasaran Indonesia hadir dengan 8 beg udara, amaran titik buta, Downhill Assist Control (DAC) dan ADAS Toyota Safety Sense yang mana ia merangkumi:
Apapun, ketibaan SUV ini ke pasaran Malaysia masih belum dapat dipastikan. Untuk pengetahuan anda, kali terakhir Land Cruiser dijual secara rasmi adalah model Land Cruiser 80 (Ninja Turtle). Kalau ada pun mungkin melalui pengimport recond. Itu pun perlu sedikit masa.
Juga baca: Toyota Land Cruiser 300 'recond' kini di Thailand, sekatan jualan semula tidak menjadi?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}