Sejak diperkenalkan pada 2019, model dalam kategori 'Sport heritage' Yamaha XSR155 kekal menjadi idaman buat peminatnya di Malaysia dan perkembangan terbaharu tahun ini, ia sudah pun dikemaskini di Indonesia.
Kemas kini yang dibuat oleh PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) terhadap motosikal dengan rekaan moden klasik itu adalah dari sudut kosmetik menerusi pengenalan warna baharu yang lebih mengujakan.
Juga baca: Yamaha MT-25 2022 diperkenalkan di Indonesia, skema warna baharu, harga kekal!
Untuk varian Standard Yamaha XSR155 2022, tambahan warna baharu yang diperkenalkan ialah Matte Dark Blue Authentic. Selain itu, dua lagi warna bagi Yamaha XSR 155 iaitu perak dan hitam turut dikekalkan.
Begitupun, ada varian yang lebih menarik iaitu edisi istimewa World GP 60th Anniversary Edition turut diperkenalkan.
Harga untuk OTR Jakarta adalah seperti berikut:
Juga baca: Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya?
Untuk Yamaha XSR155 2022 World GP 60th Anniversary Edition, antara kemasan berbeza yang diberikan selain seragam dan corak grafik istimewa adalah fork USD dan rim aloi berwarna merah.
Bagi varian standard Yamaha XSR155 2022, rim dan fork USD berwarna hitam dengan bahagian tangki mempunyai jalur perak dan panel sisi turut diwarnakan perak.
Dari sudut rekaan, Yamaha XSR155 jelas menampilkan DNA daripada 'abangnya' yang lebih berkuasa iaitu Yamaha XSR 700 dan XSR900.
Jika melihat daripada sudut spesifikasi mekanikal, ia sememangnya biasa dilihat. Trenkuasa adalah menggunakan enjin bersesaran 155 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, SOHC, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair dengan teknologi VVA.
Juga baca: Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps!
Ia digandingkan dengan sistem transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan ciri Assist & Slipper. Kuasa yang dijana adalah 19 Hp pada 10,000 rpm dan tork 14.7 Nm pada 8,500 rpm.
Sebagai info, trenkuasa yang sama turut digunakan oleh Yamaha pada Y16ZR dan MT-15 yang dijual di pasaran Malaysia talaan berbeza.
Menggunakan kerangka jenis Deltabox, seperti dikatakan, sistem suspensi Yamaha XSR155 menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan penyerap hentak tunggal (belakang).Sistem brek menggunakan cakera tunggal depan dan belakang bersama saiz roda 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang).
Informasi lain adalah seperti berikut:
Sekalipun dijangka mampu menarik perhatian pembeli di Malaysia, tidak dapat dipastikan mengapa Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tidak membawa masuk Yamaha XSR155 ke pasaran tempatan. Jika ada, pasti menarik bukan.
Juga baca: Warna baharu untuk Yamaha YZF-R15 2021 di pasaran tempatan, Silver, harga kekal RM 11,988!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}