WithU RNF Yamaha MotoGP dengan bangganya menayangkan jentera lumbanya dengan 'livery' pasukan itu yang bakal berentap di kempen MotoGP 2022 dalam satu majlis tertutup di Verona, Itali, tengah malam tadi.
Seperti diketahui, pasukan WithU RNF Yamaha MotoGP adalah pasukan yang dijenamakan semula daripada pasukan Sepang Racing Team (SRT) susulan penarikan penaja utamanya Petronas.
Juga baca: RNF Racing, inspirasi dan bukti kasih sayang Razlan Razali kepada keluarga!
Justeru, tiada lagi warna ikonik 'teal' dan digantikan dengan skema warna biru dan hitam dengan jentera itu akan dipacu dua pelumba, Andrea Dovizioso dan pendatang baharu, Darryn Binder.
Pengasas dan Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali menyifatkan majlis berkenaan sebagai detik penuh emosi buatnya dan pasukan.
"Kami sedang membina dan menjenamakan semula bersama pelumba kami tahun ini, Andrea Dovizioso dan Darryn Binder dengan sasarannya adalah untuk menjadi kompetitif, mengejutkan semua orang dan melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat kami," kata Razlan.
Juga baca: Tiada lagi SRT di MotoGP musim depan, 'pasukan negara' dijenama semula kepada RNF MotoGP Racing!
"Bagi musim 2022, sasaran kami adalah untuk sekurang-kurangnya menjadi pasukan 'Independent' terbaik. Kami juga mahu mencabar gelaran 'Rookie of the Year' sekalipun kami tahu cabarannya besar dengan 5 muka baharu pada 2022 dan Darryn menjadi satu-satunya pelumba yang 'melompat' daripada pelumba Moto3 ke MotoGP."
Sekalipun musim 2022 secara teknikal akan menjadi musim sulung buat pasukan RNF di MotoGP, ia sebenarnya dibina daripada asas pasukan Petronas SRT yang berjaya merekodkan 6 kemenangan GP dan 15 podium bersama bekas pelumbanya, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.
Pada musim lalu, pasukan itu menggunakan khidmat pelumba legenda, Valentino Rossi namun tidak berjaya meraih keputusan membanggakan.
Juga baca: Sah, Petronas akhiri perjanjian tajaan bersama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP tamat musim 2021!
Turut menyertai Razlan di grid perlumbaan RNF adalah pengurus pasukan, Wilco Zeelenberg dan Ketua Krew, Ramon Forcada.
Pada musim ini, Dovizioso akan menggunakan jentera spesifikasi terkini Yamaha YZR-M1, jentera sama yang digunakan pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP yang dipacu Quartararo dan Morbidelli musim ini.
Begitupun, pelumba kelahiran Afrika Selatan, Binder akan menggunakan jentera spesifikasi sebelum ini.
Peminat di Malaysia boleh menyaksikan kelibat jentera ini di Litar Antarabangsa Sepang ketika sesi ujian yang dijadual berlangsung pada 31 Januari hingga 2 Februari ini.
Juga baca: WithU Yamaha RNF MotoGP dapat 'tonik', 2 syarikat Malaysia RCB, Telcowin jalin kerjasama!
Sumber imej: WithU Yamaha RNF Motogp Team
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}