window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada lagi SRT di MotoGP musim depan, 'pasukan negara' dijenama semula kepada RNF MotoGP Racing!

Khairil Β· Sep 18, 2021 04:00 PM

Tiada lagi SRT di MotoGP musim depan, 'pasukan negara' dijenama semula kepada RNF MotoGP Racing! 01

Susulan penarikan penaja utama Petronas dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 'pasukan negara' yang beraksi di perlumbaan MotoGP,  Sepang Racing Team (SRT) akan dijenamakan semula kepada entiti baru iaitu RNF MotoGP Racing bermula musim depan. 

Begitupun, tiada perubahan dari sudut pengurusan tertinggi dengan pasukan itu masih dikemudi Prinsipal, Datuk Razlan Razali dan kekal sebagai pasukan satelit Yamaha.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perjenamaan semula itu menyaksikan pasukan RNF MotoGP Racing akan kekal berada di grid perlumbaan MotoGP bermula musim 2022 hingga 2026.

"Ia satu perjalanan cukup berombak untuk kami," kata Razlan. "Dalam tempoh beberapa bulan, kami memberikan segala usaha kami untuk memulakan semula, menjenamakan semula sebagai pasukan MotoGP yang lebih kuat dan segar.

Juga baca: Sah, Petronas akhiri perjanjian tajaan bersama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP tamat musim 2021!

Tiada lagi SRT di MotoGP musim depan, 'pasukan negara' dijenama semula kepada RNF MotoGP Racing! 01

Datuk Razlan Razali (tengah)

"Saya mahu berterima kasih kepada Carmelo (Ezpeleta) yang terus memberi kepercayaan dan keyakinan kepada saya untuk memulakan babak kedua bersama pasukan yang dibina semula ini untuk bersaing dalam saingan perdana MotoGP untuk tempoh lima tahun akan datang.

"Untuk musim berikutnya, di bawah entiti baharu RNF MotoGP Racing, pasukan penjenamaan semula akan meneruskan kertas kerja yang terbukti berjaya sebelum ini. Jangkaan pastinya lebih tinggi dan kami akan berusaha keras untuk mencapainya.

Tiada lagi SRT di MotoGP musim depan, 'pasukan negara' dijenama semula kepada RNF MotoGP Racing! 02

Sumber imej: MotoGP

"Bersama dengan pengalaman yang kami raih dan mencapai pelbagai kejayaan sebelum ini, kami menyasarkan untuk menjadi pasukan yang lebih kuat pada musim 2022."

Sekalipun perjanjian bersama RNF dan Yamaha masih belum rasmi, jenama gergasi Jepun itu mengesahkan pelumba Itali, Andrea Dovizioso akan beraksi bersama pasukan Petronas SRT sehingga musim 2021 berakhir dan kekal bersama pasukan baharu untuk sepenuh kempen pada musim depan. 

Juga baca: Selepas Petronas, giliran SIC pula bakal 'putus' kerjasama dengan SRT!

Tiada lagi SRT di MotoGP musim depan, 'pasukan negara' dijenama semula kepada RNF MotoGP Racing! 03

Bekas pelumba Ducati itu akan menggunakan jentera spesifikasi utama daripada Yamaha bagi musim 2022.

Dovizioso menggantikan Franco Morbidelli yang dinaikkan pangkat beraksi bersama pasukan Monster Yamaha untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Maverick Vinales. 

Tiada lagi SRT di MotoGP musim depan, 'pasukan negara' dijenama semula kepada RNF MotoGP Racing! 04

Juga baca: Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021!

Pelumba kedua untuk pasukan RNF masih belum ditentukan namun pelumba Moto3, Darryn Binder tampak sebagai calon utama bagi menggantikan legenda, Valentino Rossi yang akan bersara.

Sumber imej: FB Petronas SRT

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda