window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sah, Petronas akhiri perjanjian tajaan bersama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP tamat musim 2021!

Khairil ยท Aug 14, 2021 02:00 PM

Sah, Petronas akhiri perjanjian tajaan bersama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP tamat musim 2021! 01

Seperti yang dilaporkan semalam, Petronas sah menamatkan perjanjian tajaan bersama pasukan negara yang beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Sepang Racing Team (SRT) atau dikenali Petronas Yamaha SRT berakhir musim 2021.

Keputusan drastik berkenaan diperoleh selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama bagi 'memutuskan' hubungan yang terjalin sejak 2018 itu.

Sah, Petronas akhiri perjanjian tajaan bersama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP tamat musim 2021! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain pasukan di kelas elit MotoGP, keputusan berkenaan turut menyaksikan Petronas turut menarik diri terhadap tajaan dalam pasukan Moto2 dan Moto3.

Petronas menjadi penaja utama kepada SRT sejak 2018 menerusi pasukan Petronas Sprinta Racing dalam saingan Moto2 dan Moto3 sebelum projek berkenaan dikembangkan kepada saingan elit, MotoGP pada 2019 menerusi pasukan Petronas Yamaha SRT.

Sah, Petronas akhiri perjanjian tajaan bersama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP tamat musim 2021! 01

Pengarah Strategik Komunikasi Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata pihaknya berterima kasih atas komitmen yang ditunjukkan SIC bagi memastikan kejayaan perkongsian berkenaan.

"Bersama-sama, kami mencipta banyak tempoh yang menakjubkan dalam sukan ini, yang memberi petunjuk yang kami sudah mencapai apa yang kami sasar untuk lakukan."

Sah, Petronas akhiri perjanjian tajaan bersama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP tamat musim 2021! 02

Azhan Shafriman Hanif

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif menghormati keputusan Petronas untuk tidak menyambung kerjasama dan turut mengucapkan terima kasih kepada syrikat itu sepanjang kerjasama ini berlangsung.

Sah, Petronas akhiri perjanjian tajaan bersama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP tamat musim 2021! 03

“Kami menghormati keputusan Petronas dan bersetuju bahawa kerjasama ini sudah mencapai sasaran dan objektif. Kami menghargai perjanjian ini dengan pelbagai kejayaan hebat bersama pasukan.

"Saya percaya ini bukan pengakhiran bagi kerjasama kami dalam sukan permotoran dengan kami akan meneruskan usaha dalam pencarian bakat baru di Malaysia."

Sah, Petronas akhiri perjanjian tajaan bersama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP tamat musim 2021! 04

Morbidelli (kiri) ketika podium di Jerez, Mei lalu.

Pasukan Petronas Yamaha SRT meraih pencapaian yang membanggakan pada musim lalu apabila memenangi 6 pusingan perlumbaan bersama gandingan Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Sah, Petronas akhiri perjanjian tajaan bersama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP tamat musim 2021! 05

Valentino Rossi

Musim ini, tempat Quartararo digantikan dengan legenda Valentino Rossi namun pencapaian hebat berkenaan tidak dapat diteruskan dengan pasukan hanya meraih satu kedudukan podium di GP Sepanyol, Mei lalu.

Dan keputusan persaraan Rossi sejurus musim ini berakhir dan perpindahan Morbidelli ke pasukan utama, Monster Yamaha MotoGP menyaksikan pasukan itu tercari-cari pelumba berkaliber bagi musim hadapan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda