window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WithU Yamaha RNF MotoGP dapat 'tonik', 2 syarikat Malaysia RCB, Telcowin jalin kerjasama!

Khairil ยท Jan 16, 2022 06:00 PM

WithU Yamaha RNF MotoGP dapat 'tonik', 2 syarikat Malaysia RCB, Telcowin jalin kerjasama! 01

WithU Yamaha RNF MotoGP Team menandatangani kerjasama dengan dua syarikat tempatan, Racing Boy (RCB) dan Telcowin sebagai antara penaja pasukan Malaysia yang beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu.

RCB yang juga syarikat pengeluar aksesori motosikal terkemuka dan sememangnya tidak asing dalam kancah perlumbaan dua roda mengikat perjanjian selama tiga tahun bersama pasukan milik Datuk Razlan Razali itu.

Juga baca: Tiada lagi SRT di MotoGP musim depan, 'pasukan negara' dijenama semula kepada RNF MotoGP Racing!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

WithU Yamaha RNF MotoGP dapat 'tonik', 2 syarikat Malaysia RCB, Telcowin jalin kerjasama! 01

Razlan (kiri) bersama CEO MKA Group, Bruce Lee ketika majlis penajaan bersama RCB

Telcowin yang merupakan syarikat perunding teknologi tempatan menandatangani kontrak selama setahun.

“Kami mengalu-alukan rakan kongsi terbaharu RCB dalam pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Team. RCB tidak asing kepada MotoGP dan salah satu rakan kongsi dalam pasukan terdahulu," kata Razlan yang juga Prinsipal pasukan.

WithU Yamaha RNF MotoGP dapat 'tonik', 2 syarikat Malaysia RCB, Telcowin jalin kerjasama! 02

Razlan Razali (tengah) bersama CEO Telcowin, Hafiz Izwan (kiri) ketika majlis penajaan

"Saya cukup berbangga untuk melihat sejauh mata RCB berkembang dengan pembabitkan mereka dalam perlumbaan tempatan dan lebih penting, di Kejuaraan Dunia dan saya amat berbangga untuk menjadi sebahagian daripadanya."

Sementara itu, kehadiran satu lagi syarikat tempatan, Telcowin selaku penaja bersama pasukan itu cukup dialu-alukan Razlan.

Juga baca: MotoGP: 'Pasukan negara' di MotoGP 2022 dikenali WithU Yamaha RNF MotoGP Team, Binder sertai Dovizioso!

WithU Yamaha RNF MotoGP dapat 'tonik', 2 syarikat Malaysia RCB, Telcowin jalin kerjasama! 03

"Sejak pertemuan pertama, saya teruja untuk bekerja dengan pasukan yang dinamik yang bermula dari bawah di Malaysia dan telah berkembang dengan pesat dan bercita-cita tinggi untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.

"Selari dengan aspirasi Telcowin, kami akan meneroka babak baharu dan menyasarkan untuk meraih potensi tertinggi dan menang bersama."

WithU Yamaha RNF MotoGP dapat 'tonik', 2 syarikat Malaysia RCB, Telcowin jalin kerjasama! 04

Dengan Telcowin sebagai penaja, Razlan berkata pihaknya kini boleh meneroka penyelesaian teknologi baharu untuk membantu pasukan dari sudut digital terutamanya pemasaran dan meningkatkan penglibatan pelanggan.

Sebagai info, majlis pelancaran pengenalan pasukan dan jentera pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Team dijadualkan pada 24 Januari ini.

WithU Yamaha RNF MotoGP dapat 'tonik', 2 syarikat Malaysia RCB, Telcowin jalin kerjasama! 05

Pasukan itu menggunakan khidmat pelumba berpengalaman Itali, Andrea Dovizioso dan pelumba 'rookie' dari Afrika Selatan, Darryn Binder bagi memacu pasukan itu.

Juga baca: RNF Racing, inspirasi dan bukti kasih sayang Razlan Razali kepada keluarga!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda