Mamak Talk
2015 Used Proton Inspira and Mitsubishi same year but around 10k difference. I thought they are basically the same car? How to choose ya?
0
Kalau anda perasan, Geely betul-betul meletakkan fokus pada kenderaan jenis sedan dan SUV. Hakikatnya, mereka juga berminat untuk mengeksploit segmen trak pikap. Sebelum ini, mereka sebenarnya pernah mengeluarkan Farizon FX yang mana ia menggunakan asas Geely Boyue (Proton X70). Malangnya, rupa paras trak pikap itu tidak menepati citarasa sesiapa langsung.
Juga baca: Geely Farizon FX didedah, trak pikap berasaskan Proton X70! Boleh jadi Proton Arena?
Tetapi pada akhir Januari lepas, beberapa imej paten mengenai sebuah trak pikap EV dari Geely telah tertiris. Nampaknya, Geely sama sekali tidak berputus asa walaupun cubaan pertama mereka gagal.
Kalau anda lihat gambar paten ini dengan lebih dekat, ada modul radar ADAS di bahagian depannya.
Di China, media mereka turut mendedahkan bahawa trak pikap ini akan dibangunkan berasaskan platform Geely Haoyue (bakal Proton X90?), bukannya platform BMA/CMA yang lebih baru.
Juga baca: Spyshot: Proton X90 dipandu uji sekitar Midvalley, nak uji keadaan lot parkir sesak?
Apapun, andaian ini mungkin datang dari intipan bahagian kabin trak pikap tersebut. Secara mata kasar, ia nampak betul-betul mirip Haoyue. Malah, pemegang dan trim pada bahagian pintu juga dilihat serupa.
Kalau benarlah spekulasi itu, trak pikap ini kiranya akan datang dengan kerangka unibody, bukannya ladder frame yang selalu diguna pada kebanyakan trak pikap (Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton misalnya).
Buat masa ini, butiran trenkuasa mengenai trak pikap EV ini masih menjadi tanda tanya.
Juga baca: Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma
Proton kini sedang giat membangunkan Proton X90, iaitu sebuah SUV 7 tempat duduk yang berasaskan Geely Haoyue. Dalam hierarki, X90 akan diposisikan atas X70. Namun begitu, ia tidak semestinya lebih mewah daripada SUV segmen C tersebut.
Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada Proton akan memperkenalkan trak pikap EV ataupun tidak. Menariknya, semangat Proton Arena masih ada. Baru-baru ini, mereka memperlihatkan konsep trak pikap yang berasaskan Exora. Jadi, adakah ini petanda yang positif? Sama-sama kita tunggu.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
3