window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Haoyue (Proton X90?), SUV 7-tempat duduk untuk harga Boyue (X70), hanya 1/6 sahaja dijual - kenapa?

Zamil Syaheer · Oct 16, 2021 10:00 AM

Geely Haoyue (Proton X90?), SUV 7-tempat duduk untuk harga Boyue (X70), hanya 1/6 sahaja dijual - kenapa? 01

Di China, harga Geely Haoyue 7-tempat duduk agak rapat dengan Geely Boyue 5-tempat duduk (dijual di sini sebagai Proton X70). Kalau dilihat atas broshur, ianya nampak berbaloi, memandangkan para pembeli mendapat SUV yang lebih besar dengan jumlah wang yang serupa.

Pada masa ini, Geely Haoyue berharga dari CNY 103,600 (~ RM 67k) hingga CNY 139,600 (~ RM 90k), sementara Boyue berharga antara CNY 89,800 (~ RM 58k) hingga CNY 142,800 (RM 92k).

Geely Haoyue (Proton X90?), SUV 7-tempat duduk untuk harga Boyue (X70), hanya 1/6 sahaja dijual - kenapa? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Anehnya, Haoyue tidak laku seperti apa yang Geely harapkan, walaupun ianya sebuah tawaran nilai yang berbaloi.

Pembeli China tidak melihat Haoyue sebagai sebuah SUV yang begitu premium seperti yang digambarkan oleh Geely. Ini menyebabkan angka penjualan agak sendu, terutama jika dibandingkan dengan barisan kereta yang lain.

Geely Haoyue (Proton X90?), SUV 7-tempat duduk untuk harga Boyue (X70), hanya 1/6 sahaja dijual - kenapa? 01

Tahun ini sahaja (dari Januari hingga Ogos), Geely menjual 26,417 unit Haoyue. Sebagai perbandingan, dalam tempoh yang sama, Geely menjual 154,175 unit Boyue - hampir 6 kali ganda. Rata-rata, Boyue tetap berada di kedudukan top-3 dari segi penjualan SUV, sementara Haoyue sukar mempertahankannya di kedudukan top-50.

Geely Haoyue (Proton X90?), SUV 7-tempat duduk untuk harga Boyue (X70), hanya 1/6 sahaja dijual - kenapa? 02

Dalam usaha untuk memperbaiki penjualannya, Geely telah memberikan Haoyue sedikit facelift, kurang dari dua tahun sejak pengenalan model itu.

Geely Haoyue (Proton X90?), SUV 7-tempat duduk untuk harga Boyue (X70), hanya 1/6 sahaja dijual - kenapa? 03

Dalam prosesnya, Haoyue baru memperoleh beberapa kemas kini kecil seperti gril baru Geely dengan bilah tegak, serta beberapa pelapis kulit berwarna burgundy. Trenkuasa tetap tidak berubah, dengan enjin petrol 1.8 liter bercas turbo (184 PS, 300 Nm) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7-kelajuan.

Juga baca: Geely Haoyue (Proton X90) bakal terima kemaskini rekaan di China, prebiu untuk X90?

Geely Haoyue (Proton X90?), SUV 7-tempat duduk untuk harga Boyue (X70), hanya 1/6 sahaja dijual - kenapa? 04

Malaysia apa macam?

Geely Haoyue (Proton X90?), SUV 7-tempat duduk untuk harga Boyue (X70), hanya 1/6 sahaja dijual - kenapa? 05

Imej dari Funtasticko

Kalau anda masih lagi di dalam gua, Geely Haoyue akan menjadi model baru Proton seterusnya, mungkin disebut sebagai Proton X90. Model tersebut telah dijumpai di Malaysia beberapa bulan yang lalu.

Juga baca: Spyshot: Proton X90 dah mendarat di Malaysia? Eh, Geely Haoyue!

Persoalannya, berapakah harga Proton X90 kelak?

Di China, harga Geely Haoyue bertindih dengan Geely Boyue, antara Boyue biasa dan Boyue X yang baru dilancarkan.

Harga (RM)
Negara Boyue/X70 Haoyue/Okavango/X90 Boyue X/Azkarra
China 58,000 hingga 69,000 67,000 hingga 90,000 73,000 hingga 92,000
Philippines NA 104,000 hingga 127,000 123,000 hingga 137,000

Apabila ianya dilancarkan di Malaysia, harga Geely Haoyue / Proton X90 bakal mengikut pertindihan harga Proton X50 dan Proton X70, di mana harga Proton X50 dengan spesifikasi tertinggi bertindih dengan Proton X70 dengan spesifikasi rendah.

Geely Haoyue (Proton X90?), SUV 7-tempat duduk untuk harga Boyue (X70), hanya 1/6 sahaja dijual - kenapa? 06

Walaupun Haoyue / X90 lebih besar daripada Proton X70, ia tidak boleh dijual dengan harga yang terlalu jauh dari X70, kerana Haoyue / X90 tidak begitu premium seperti apa yang Geely cuba gambarkan. Tidak seperti model Geely yang dilancarkan baru-baru ini, Haoyue tidak dibina atas platform BMA atau CMA, tetapi CV. Platform CV membuat debutnya di Geely Jiaji.

Juga baca: Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma

Geely Haoyue (Proton X90?), SUV 7-tempat duduk untuk harga Boyue (X70), hanya 1/6 sahaja dijual - kenapa? 07

Model pra-facelift.

Walaupun platform CV adalah platform lebih berbanding platform NL3 Boyue (Boyue dilancarkan pada 2016), ia tidak secanggih seperti platform BMA Binyue/X50.

Kita hanya perlu tunggu dan lihat sama ada Proton X90 yang akan datang (jika itu adalah nama yang akan diperolehnya) akan menjadi popular seperti Proton X50 atau X70 di Malaysia.

Juga baca: Proton X90 - gambaran awal bakal SUV 7 penumpang dari Proton?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Geely Hao Yue 1.8TD+7DCT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda