window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mustahil emas semurah ini, Geely Haoyue (Proton X90) edisi Black & Gold hanya RM 86k sahaja!

Haris · Mar 25, 2022 07:00 PM

Mustahil emas semurah ini, Geely Haoyue (Proton X90) edisi Black & Gold hanya RM 86k sahaja! 01

  • 2022 Geely Haoyue edisi Black & Gold berharga RM 86k di China
  • Gabungan warna yang sangat menarik
  • Tiada perubahan trenkuasa

Baru-baru ini, Geely Auto telah mempersembahkan kepada pasaran domestiknya Geely Haoyue Black & Gold Edition 2022 yang baharu. Dipadankan dengan tanda harga yang menarik, SUV edisi terhad ini hanya dijual pada harga CNY 129,600 (~RM 86k).

Mustahil emas semurah ini, Geely Haoyue (Proton X90) edisi Black & Gold hanya RM 86k sahaja! 02

Seperti yang tertera pada namanya, Geely Haoyue Black & Gold Edition mendapat warna badan hitam sepenuhnya dengan kepingan emas pada posisi yang menarik. Kemasan emas boleh didapati pada jalur menegak gril hadapan, sekeliling lampu kabus depan, sisi dan roda. Lambang Black & Gold pula boleh ditemui pada pintu belakang varian Haoyue yang terhad ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mustahil emas semurah ini, Geely Haoyue (Proton X90) edisi Black & Gold hanya RM 86k sahaja! 01

Lihat dengan teliti dan anda akan perasan bahawa Geely Haoyue Black & Gold ini juga mendapat sepasang lampu LED yang sedikit berbeza. Menariknya, ini mungkin petanda untuk nuansa rekaan Geely Auto untuk masa akan datang.

Mustahil emas semurah ini, Geely Haoyue (Proton X90) edisi Black & Gold hanya RM 86k sahaja! 02

Tema emas yang sama juga dibawa ke dalam kabin Geely Haoyue, dengan kemasan emas ditemui pada pemegang pintu, lubang penghawa dingin, dan konsol tengah. Kemasan emas ini memberikan penampilan yang lebih bergaya dan eksekutif. Untuk perbandingan, Geely Haoyue biasa hanya mendapat kemasan perak pada bahagian yang disebutkan di atas.

Baca: Spyshot: SUV misteri di Genting Sempah, kelibat Geely Haoyue (Proton X90) makin terdedah!

Mustahil emas semurah ini, Geely Haoyue (Proton X90) edisi Black & Gold hanya RM 86k sahaja! 03

Mustahil emas semurah ini, Geely Haoyue (Proton X90) edisi Black & Gold hanya RM 86k sahaja! 04

Ia masih mengekalkan trenkuasa biasa di bawah hud depan hitam Geely Haoyue ini. Enjin petrol 1.8 liter pengecas turbo yang menghasilkan 184 PS pada 5,500 rpm dan 300 Nm dari 1,750 rpm hingga 4,000 rpm disambungkan kepada transmisi automatik klac berkembar 7-kelajuan – mencerminkan spesifikasi Proton X70 yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia (ketika ini).

Baca: Spyshot: Proton X70 bakal hadir dengan 1.5 TGDi dan pacuan AWD dalam perancangan?

Ada peluang ke masuk Malaysia?

Mustahil emas semurah ini, Geely Haoyue (Proton X90) edisi Black & Gold hanya RM 86k sahaja! 05

Bukan satu rahsia lagi bahawa Proton mempunyai rancangan untuk memperkenalkan Geely Haoyue sebagai model mereka sendiri. Perkara ini juga diperkuatkan oleh gambar intipan model SUV prototaip yang mengenakan samaran dikesan di sekitar Malaysia.

Nama yang paling sesuai untuk Geely Haoyue ia juga boleh dipanggil Proton X90, selaras dengan skema penamaan semasa Proton. Nama tersebut telah didaftarkan sebagai tanda dagang sekitar tahun lepas, di samping nama Proton X80.

Baca: Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma

Mustahil emas semurah ini, Geely Haoyue (Proton X90) edisi Black & Gold hanya RM 86k sahaja! 06

Walaupun Haoyue / X90 secara fizikalnya lebih besar daripada Proton X70, harganya tidak boleh terlalu jauh dari X70, kerana Haoyue / X90 tidaklah se-premium seperti yang cuba digambarkan oleh Geely.

Tidak seperti model Geely lain yang dilancarkan lebih terkini, Haoyue tidak dibangunkan pada platform BMA atau CMA, sebaliknya platform CV yang lama. Platform CV membuat debutnya di Geely Jiaji.

Walaupun platform CV lebih baharu daripada platform NL3 Geely Boyue (Boyue dilancarkan pada 2016), ia tidak secanggih platform BMA yang ada pada Binyue / X50.

Baca: Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Geely Hao Yue 1.8TD+7DCT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda