window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Proton X90 dipandu uji sekitar Midvalley, nak uji keadaan lot parkir sesak?

Haris · Jan 28, 2022 01:00 PM

Spyshot: Proton X90 dipandu uji sekitar Midvalley, nak uji keadaan lot parkir sesak? 01

Proton X90 (Geely Haoyue) telah dikesan sekali lagi, tetapi kali ini ia sedang diuji di sekitar Midvalley. Turut dikenali sebagai Geely Okavango di Filipina dan Rusia, SUV 7 tempat duduk itu hampir pasti akan dilancarkan di Malaysia tidak lama kelak.

Spyshot: Proton X90 dipandu uji sekitar Midvalley, nak uji keadaan lot parkir sesak? 02

Gambar intipan terbaharu ini dihantar kepada rakan media kami Careta oleh pembaca Iz’aan Zharif. Jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk memberitahu dengan jelas bahawa ia adalah Proton X90, Careta melakukan perbandingan plat dagangan untuk mengesahkan bahawa ini memang kereta yang sama disiarkan oleh pengguna Facebook lain ketika SUV yang sama ini dilihat di Genting hanya 11 hari yang lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: SPYSHOT: SUV misteri di Genting Sempah, kelibat Geely Haoyue (Proton X90) makin terdedah!

Spyshot: Proton X90 dipandu uji sekitar Midvalley, nak uji keadaan lot parkir sesak? 01

Rekaan gril yang tak silap lagi; Akid Basarom Facebook

Geely Haoyue di China dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.8 liter turbocaj yang menghasilkan 184 PS dan 300 Nm. SUV itu ditawarkan dengan pilihan 7 tempat duduk atau 5 tempat duduk.

Spyshot: Proton X90 dipandu uji sekitar Midvalley, nak uji keadaan lot parkir sesak? 02

Namun, Geely Okavango pasaran Filipina ditawarkan dengan spesifikasi yang lebih menarik. Ia dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbocaj mild-hybrid petrol yang menghasilkan 190 PS dan 300 Nm. Apakah Proton X90 pasaran Malaysia berkemungkinan akan turut hadir dengan enjin 1.5 liter hibrid ini? Atau selaraskan dengan enjin 1.5 liter turbocaj yang ada pada Proton X50 dan (bakal) Proton X70? Hanya masa akan menentukan.

Baca: Spyshot: Proton X90 pandu uji dilanggar Proton Waja, teruja sangat nampak SUV baru ke?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda