window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X90 diacah di Mauritius, pasaran eksport pertama bagi SUV 'mild hybrid' ini

Mersita · Jul 26, 2023 02:40 PM

Proton X90 diacah di Mauritius, pasaran eksport pertama bagi SUV 'mild hybrid' ini 01

Proton X90, model ‘mild hybrid’ (MHEV) pertama pengeluar kereta Malaysia, telah diacah di Mauritius bagi menandakan eksport pertamanya di luar Malaysia.

Setakat ini, varian yang akan ditawarkan dan tarikh pelancarannya di negara tersebut masih belum diumumkan. Namun, X90 spesifikasi Mauritius pastinya akan diimport (CBU) daripada Malaysia – sama seperti X50 dan X70 yang sedang dijual di sana.

Proton X90 diacah di Mauritius, pasaran eksport pertama bagi SUV 'mild hybrid' ini 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Malaysia, Proton X90 mendapat sambutan cukup memberangsangkan dan ia berjaya menjadi SUV segmen D terlaris menurut data jualan Proton pada Jun 2023 dengan 1,082 unit diserahkan kepada pelanggan dalam bulan pertamanya di pasaran.

Juga baca: Jualan Proton capai 77k unit, pecah rekod 2012 - X90 kini juara SUV segmen D

Proton X90 diacah di Mauritius, pasaran eksport pertama bagi SUV 'mild hybrid' ini 01

X90 didatangkan dalam 4 varian, dikuasakan oleh sistem MHEV yang menggabungkan enjin 1.5 liter TGDi 3 silinder dengan ‘belt-driven starter generator’ 48V. Hasil gabungan ini, ia mampu menjana kuasa 190 PS dan tork 300 Nm.

Juga baca: Selepas X90, Proton akan lancar 1 kereta elektrifikasi baharu setiap tahun - xEV lebih mampu milik buat Malaysia?

Proton X90 diacah di Mauritius, pasaran eksport pertama bagi SUV 'mild hybrid' ini 02

Semua varian, melainkan Flagship, ditawarkan dengan 7 tempat duduk. Flagship sebagai varian tertinggi pula hadir dengan 6 tempat duduk, dimana barisan tengah dipasang dengan dua ‘captain seats’.

Juga baca: 7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli?

Varian dan harga Proton X90 adalah seperti berikut:

  • Standard – RM 123,800
  • Executive – RM 130,800
  • Premium – RM 144,800
  • Flagship – RM 152,800

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda