window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton 2023 beri saingan sengit kepada Toyota Hilux dalam Asian Cross Country Rally ke-28

Mersita Β· Aug 22, 2023 09:00 PM

Mitsubishi Triton 2023 beri saingan sengit kepada Toyota Hilux dalam Asian Cross Country Rally ke-28 01

Setelah menentang laluan yang sukar, keadaan tidak menentu, dan persaingan sengit - Toyota Gazoo Racing (TGR) Indonesia muncul sebagai juara dalam acara Asian Cross Country Rally ke-28 (AXCR 2023).

Setelah 7 hari berhempas-pulas dalam perlumbaan 2,000 km yang mencabar, pasukan TGR Indonesia berbekalkan dua Toyota Fortuner mencapai tempat pertama (P1) dan tempat kedua (P2) dalam kategori T1 (kenderaan rentas negara prototaip), dihadapan pasukan TGR Thailand yang berada di tempat keenam dengan menggunakan Toyota Hilux dan juga juara bertahan Mitsubishi Ralliart yang menduduki tempat ketiga secara keseluruhan dengan Mitsubishi Triton 2023 yang baharu.

Juga baca: Beast Mode diaktifkan, Mitsubishi Triton 2023 serba baru sahut cabaran Asia Cross Country Rally

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Triton 2023 beri saingan sengit kepada Toyota Hilux dalam Asian Cross Country Rally ke-28 01

Mitsubishi Triton 2023 beri saingan sengit kepada Toyota Hilux dalam Asian Cross Country Rally ke-28 02

Berkendara dua Toyota Fortuner, pasukan TGR Indonesia (kereta nombor 105) menamatkan semua 6 pusingan AXCR 2023 dengan masa keseluruhan 11 jam 46 minit; 4 minit lebih awal berbanding tempat kedua (kereta nombor 121) dengan masa 11 jam 50 minit.

AXCR 2023 telah membuktikan bahawa Mitsubishi Triton 2023 yang baharu (kereta nombor 101) berjaya dengan cemerlang dengan menempatkan diri di tempat ketiga secara keseluruhan dengan masa 12 jam.

Mitsubishi Triton 2023 beri saingan sengit kepada Toyota Hilux dalam Asian Cross Country Rally ke-28 03

Mitsubishi Triton 2023 beri saingan sengit kepada Toyota Hilux dalam Asian Cross Country Rally ke-28 04

Walaupun ini hanya penampilan pertamanya dalam AXCR 2023, Mitsubishi Triton baharu ini berada di kedudukan lebih tinggi berbanding Toyota Hilux terbaik yang diterajui oleh pasukan TGR Thailand yang berada di tempat kelima.

Dua buah lagi Triton Mitsubishi Ralliart menduduki di tempat kelapan (kereta nombor 112), manakala penyertaan ketiga (kereta nombor 106) menamatkan perlumbaan di tempat ke-32 selepas mengalami masalah teknikal pada awal perlumbaan.

Mitsubishi Triton 2023 beri saingan sengit kepada Toyota Hilux dalam Asian Cross Country Rally ke-28 05

Setelah berdepan persaingan sengit sepanjang perlumbaan, berikut ialah senarai 10 peserta teratas yang selesai berentap dalam AXCR 2023:

Keputusan Akhir AXCR 2023
Pos. Pasukan Kenderaan Masa Keseluruhan (Jam)
1 TGR Indonesia Toyota Fortuner 11:46
2 TGR Indonesia Toyota Fortuner 11:50
3 Mitsubishi RalliArt  Mitsubishi Triton 12:00
4 Pointer Team Mitsubishi (Prototype) 13:10
5 NXRC Toyota Hilux 13:30
6 TGR Thailand Toyota Hilux 13:33
7 Isuzu Suphan ELMRT Isuzu D-Max 13:46
8 Mitsubishi RalliArt Mitsubishi Triton 13:49
9 Isuzu Suphan ELMRT Isuzu D-Max 13:52
10 Wurth TRD HMT135 Toyota Hilux 13:54

Pemandu Triton di tempat ketiga, Chayapon Yotha, berkata, "Secara keseluruhan, keadaan permukaan jalan sangat mencabar tahun ini. Walaupun begitu, kami berjaya menamatkan semua SS, dan berkat pasukan, kami dapat membantu satu sama lain dan melepasi garisan penamat. Tentu saja, kami mahu berada di tempat yang lebih tinggi, dan kami mahu kembali ke kedudukan terbaik kami - memenangi perlumbaan dan mendapatkan piala."

Mitsubishi Triton 2023 beri saingan sengit kepada Toyota Hilux dalam Asian Cross Country Rally ke-28 06

"Jelasnya, prestasi keseluruhan dan kemampuan pemanduan Triton telah meningkat berbanding tahun lalu. Dalam tanggapan saya, ia telah meningkat secara komprehensif termasuk enjin, suspensi, dan rangka. Tahun depan, saya berharap untuk menjadi lebih kuat dan cuba lagi," tambahnya.

Selain kenderaan Mitsubishi dan Toyota, AXCR 2023 juga melihat dua trak rally Isuzu D-Max - diterajui oleh pasukan Isuzu Suphan Explorer Liqui Moly Rally Team - menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan tempat kesembilan secara keseluruhan.

Mitsubishi Triton 2023 beri saingan sengit kepada Toyota Hilux dalam Asian Cross Country Rally ke-28 07

Asia Cross Country Rally (AXCR) ke-28 menyaksikan peserta berlumba dari Thailand, melintasi sempadan ke Laos, dan meneruskan litar pusingan selama 2 hari - bermula dari hotel di Pakse, Laos, dan berakhir di tapak Warisan Dunia UNESCO, Prasat Wat Phou pada hari terakhir.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Fortuner 2.4 AT 4x4

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda