window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Akhirnya tumpas, polis tangkap sindiket hanya sasar Proton Wira sahaja untuk dicuri!

Haris ยท Feb 18, 2022 02:00 PM

Akhirnya tumpas, polis tangkap sindiket hanya sasar Proton Wira sahaja untuk dicuri! 01

Polis menahan sembilan orang warga tempatan yang disyaki terbabit dengan sindiket curi kenderaan jenis Proton Wira di sekitar kawasan Lembah Klang.

Sepasukan polis daripada Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah membuat beberapa siri serbuan pada 9 hingga 15 Februari serta menangkap lapan lelaki dan seorang perempuan warga tempatan berusia lingkungan 24 hingga 38 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil siasatan mendapati sindiket itu didalangi oleh dua lelaki warga tempatan yang mensasarkan kenderaan jenis Proton Wira.

Baca: Proton Wira sasaran paling tinggi pencuri. Tak dapat kereta, bonet pun jadi!

Akhirnya tumpas, polis tangkap sindiket hanya sasar Proton Wira sahaja untuk dicuri! 01

Katanya, suspek bertindak mencuri kenderaan dan meleraikan komponen kereta tersebut untuk dijual kepada individu yang berminat dan pemilik kedai alat ganti kenderaan yang dikenali di sekitar kawasan Gombak, Selangor manakala komponen seperti bateri kenderaan dijual di kedai barangan lusuh.

“Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas empat buah kereta jenis Proton Wira yang dilaporkan hilang bernilai dalam anggaran RM24,000, sembilan buah telefon bimbit pelbagai jenama serta tiga batang anak kunci tertera tulisan Proton.

“Selain itu, polis turut merampas dua keping kad Touch ‘n Go, dua unit mesin SmartTAG, sebatang spanar T yang telah diubah suai, tiga batang ‘allen-key’ yang telah ditajamkan serta sebatang spanar saiz 10 disyaki digunakan untuk mencuri kenderaan turut dirampas ketika serbuan,” katanya.

Baca: Dah tahun 2022, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama!

Akhirnya tumpas, polis tangkap sindiket hanya sasar Proton Wira sahaja untuk dicuri! 02

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas program lawatan mesra Ketua Polis Daerah Sentul di Pasar Pagi, Taman Kok Doh, Segambut, di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek yang ditangkap mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau malah suspek utama kes tersebut yang berusia 33 tahun merupakan bekas tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang baharu dibebaskan pada 2019.

Jelasnya, susulan dari operasi yang dijalankan telah membantu pihak Polis Kuala Lumpur dalam menyelesaikan lima kes kecurian yang dilaporkan, di mana empat kes di kawasan Kuala Lumpur dan satu kes lagi di negeri Selangor. – Kosmo! Online

Baca: Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda