window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sistem parkir Selangor akan ‘online’ sepenuhnya bermula 1 April 2022

Mersita · Mar 3, 2022 12:30 PM

Sistem parkir Selangor akan ‘online’ sepenuhnya bermula 1 April 2022 01

Kredit: Automacha

Pengguna jalan raya di Selangor diingatkan bahawa pembayaran parkir akan dibuat secara atas-talian sepenuhnya bermula dari 1 April 2022 di semua daerah kecuali Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Individu yang telah membeli kupon belum digunakan boleh menukarkannya kepada kredit menerusi Smart Selangor Parking App bermula 16 Mac hingga 30 April 2022.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), negeri itu mula mengalihkan sistem bayaran ke atas-talian bermula 1 Januari 2022 lalu. Kerajaan negeri itu berharap tempoh masa yang diberikan adalah mencukupi bagi pengguna beralih ke kaedah pembayaran baharu ini.

Sistem parkir Selangor akan ‘online’ sepenuhnya bermula 1 April 2022 02

Kredit Foto: Insight.estate123.com

Penggunaan kupon parkir kertas dan pembayaran secara manual menerusi mesin syiling akan berakhir pada 31 Mac 2022. Kaedah-kaedah ini akan digantikan dengan aplikasi mudah-alih Smart Selangor Parking (SSP) bermula 1 April 2022.

Pengerusi jawatankuasa kerajaan negeri tempatan, pengangkutan awam, dan pembangunan kampung baru, Ng Sze Han, memberitahu FMT kira-kira 2 juta pengguna jalan raya telah berdaftar dengan aplikasi tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sistem parkir Selangor akan ‘online’ sepenuhnya bermula 1 April 2022 01

Kredit Foto: Suasaefektif

Bagi individu yang tidak memiliki telefon pintar atau akaun perbankan atas-talian, mereka boleh membuat pembayaran di 100 buah kedai yang telah dilantik. Kedai-kedai ini akan menayangkan papan tanda ‘SSP’ atau ‘e-coupon sold here’.

Selain itu, Ng juga memberitahu yang pengguna sudah tidak perlu menayangkan resit bercetak di kereta mereka sebagai bukti pembayaran kerana ia telah direkodkan secara atas-talian dan pegawai pelaksana boleh memeriksa status pembayaran secara maya saja.

Sistem parkir Selangor akan ‘online’ sepenuhnya bermula 1 April 2022 02

Kredit Foto: Mole.my

Selain daripada pendigitalan pembayaran parkir, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) juga akan memperkenalkan had tempoh parkir 2 jam di beberapa kawasan di lokasi-lokasi tertentu untuk menjadikan kemudahan parkir lebih mudah diakses oleh pengunjung.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda