window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tragedi 9 motosikal berteduh bawah jejambat, 2 maut dirempuh lori!

Khairil ยท Mar 8, 2022 04:00 PM

Tragedi 9 motosikal berteduh bawah jejambat, 2 maut dirempuh lori! 01

Deretan penunggang motosikal berteduh di bawah jejambat bagi mengelak hujan lebat bukan asing untuk dilihat namun kejadian kemalangan maut yang berlaku di Kedah, semalam sememangnya cukup menyayat hati.

Susulan kemalangan ngeri itu, dua mangsa maut manakala enam lagi penunggang motosikal cedera selepas kesemua mereka dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 92.8 Lebuh Raya Utara-Selatan Arah Selatan.

Tragedi 9 motosikal berteduh bawah jejambat, 2 maut dirempuh lori! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kejadian memilukan itu membabitkan sembilan motosikal dan sebuah lori yang menghala ke selatan dari Gurun ke Sungai Petani pada jam 2.40 petang.

Memetik laporan Utusan Malaysia, dua penunggang motosikal yang maut ialah Mohd. Amirul Ismail, 28, dari Kampung Seberang Chegar, Anak Bukit dan Muhammad Khairul Azwan Maula Hashim, 31, dari Taman Seri Marina, Kuala Kedah.

Tragedi 9 motosikal berteduh bawah jejambat, 2 maut dirempuh lori! 01

Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala seorang lagi penunggang motosikal terselamat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati kesemua sembilan buah motosikal berada di lokasi kejadian kerana mencari tempat berteduh daripada hujan lebat dan tidak mengenali antara satu sama lain.

Tragedi 9 motosikal berteduh bawah jejambat, 2 maut dirempuh lori! 02

Menurut Adzli, kedudukan kesemua motosikal yang terlibat diletakkan secara dua lapis di lorong kecemasan dan kesemua penunggang berada di sisi kenderaan masing-masing.

“Secara tiba-tiba sebuah lori yang bergerak di lorong kiri datang dari arah belakang  merempuh kesemua motosikal yang sedang berhenti di jejambat tersebut," katanya.

Tragedi 9 motosikal berteduh bawah jejambat, 2 maut dirempuh lori! 03

Susulan kemalangan itu, tangkapan dilakukan ke atas pemandu lori berusia 28 tahun dan permohonan reman sedang dibuat dengan ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki berkenaan didapati negatif dan ujian EBA II juga didapati bebas daripada alkohol.

Kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk ujian saringan Covid-19 dan dibedah siasat.

Tragedi 9 motosikal berteduh bawah jejambat, 2 maut dirempuh lori! 04

Seorang mangsa yang terselamat, Mohd Aminnudin Yusof, 38, berkata, ketika kejadian dia sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Guar Chempedak ke tempat kerjanya di Pulau Pinang, sebelum singgah berteduh di lokasi kejadian untuk memakai baju hujan.

Ketika kejadian itu, dia turun dari motosikalnya untuk memakai baju hujan sebelum mendengar bunyi dentuman kuat.

Tragedi 9 motosikal berteduh bawah jejambat, 2 maut dirempuh lori! 05

“Motosikal saya adalah yang pertama dirempuh lori tersebut sebelum ia merempuh lapan lagi motosikal lain.

“Saya sempat melihat beberapa penunggang lain terpelanting ke kiri jalan selepas dirempuh lori tersebut. Semua berlaku dengan pantas dan bersyukur kerana saya terselamat dalam kejadian itu,” katanya. 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda