window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, jumlah terkini hanya 600!

Haris ยท Mar 18, 2022 09:00 AM

Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, jumlah terkini hanya 600! 01

Kerajaan menyasarkan sebanyak 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di Malaysia menjelang 2025 di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lim Ban Hong.

Menurutnya, Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama swasta dalam memacu infrastruktur stesen pengecasan EV sedia ada dan baharu bagi mencapai sasaran ini.

"Pada masa ini, kita ada kira-kira 300 stesen di bawah kerjasama ini dan dianggarkan, jumlah keseluruhan pengecasan stesen sedia ada untuk pengguna adalah 600 stesen," katanya semasa sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, jumlah terkini hanya 600! 01

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) mengenai perancangan kementerian dalam usaha membangunkan industri EV tempatan memandangkan industri kenderaan elektrik semakin berkembang dan diterima di seluruh pasaran dunia.

Lim berkata kerajaan juga menyediakan insentif cukai dan bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat yang ingin membina infrastruktur EV seperti pengecualian cukai pendapatan melalui galakan taraf perintis.

"Selain itu, antara usaha-usaha MITI termasuk penubuhan Pasukan Petugas EV yang turut dianggotai kementerian, agensi dan pihak swasta berkaitan, bagi menambah baik strategi sedia ada serta merangka strategi baharu bagi memperkukuhkan pembangunan industri EV di Malaysia," katanya.

Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, jumlah terkini hanya 600! 02

Menurutnya, bagi memastikan Malaysia berupaya meningkatkan daya saing dalam menarik pelaburan dalam sektor EV, kerajaan telah menawarkan insentif, bukan sahaja kepada pengeluar kenderaan dan komponen, malah, merangkumi pengguna (sudut permintaan) secara amnya, seperti yang telah diumumkan pada Bajet 2022.

"Pembangunan standard berkaitan industri EV seperti sistem pengecasan, aktiviti pelupusan bateri, penukaran bateri, pengecasan tanpa wayar dan lain-lain, turut diberikan perhatian bagi memastikan teknologi EV yang diguna pakai dan dibangunkan dalam negara adalah seragam, selamat dan berkualiti," katanya.

Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, jumlah terkini hanya 600! 03

Katanya kejayaan dasar dan usaha kerajaan dalam membangunkan industri ini telah diterjemahkan kepada pelaburan yang diluluskan bagi sektor EV.

"Sebagai contoh, dua syarikat besar yang berpangkalan di Korea Selatan iaitu SK Nexilis dan IMM Technology telah melabur di Malaysia bagi menghasilkan kerajang tembaga elektro-terenap yang digunakan sebagai komponen bagi bateri EV," kata Lim. - Harian Metro

Baca: Indonesia mahu lebih maju, sasar kenderaan pandu sendiri sebagai pengangkutan utama di ibu negara baru!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia