window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Saya tak sedar hilang kawalan' ujar pemandu Kia Forte yang mengakibatkan kemalangan di MRR2!

Haris ยท Mar 21, 2022 03:00 PM

'Saya tak sedar hilang kawalan' ujar pemandu Kia Forte yang mengakibatkan kemalangan di MRR2! 01

Tak sedar hilang kawalan, itulah alasan yang diberikan oleh pemandu Kia Forte yang telah merempuh sehingga sekurang-kurangnya 3 buah kenderaan lain di lebuhraya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan melibatkan tiga buah kereta itu berlaku pada pukul 10.05 pagi Sabtu, 19 Mac 2022.

"Hasil siasatan awal mendapati kereta Kia Forte dipandu seorang lelaki hilang kawalan ketika mengelak sebuah kenderaan lalu melanggar bahagian belakang kereta Proton Wira.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

'Saya tak sedar hilang kawalan' ujar pemandu Kia Forte yang mengakibatkan kemalangan di MRR2! 01

Tangkap layar cara pemanduan saspek sebelum kemalangan. Sumber: Shahrul Nizam Zuber

"Kereta itu kemudian berpusing dan melanggar pula bahagian belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stepwgn Spada sebelum terbabas ke lorong kiri.

"Akibat kejadian, lelaki itu mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan manakala pemandu dua lagi kenderaan tidak cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis sudah mendapatkan sampel darah lelaki itu untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi ujian toksikologi.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana individu yang didapati bersalah memandu kenderaan motor di jalan dengan melulu,” ujarnya lagi.

Baca: Geng konvoi motosikal bikin onar di tempat, masa yang salah. Tak sedar polis ada di lokasi!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda