window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MAA: Harga kereta CKD akan naik lepas 2022 melainkan MoF jelaskan pelarasan OMV

Mersita ยท Mar 25, 2022 05:00 PM

MAA: Harga kereta CKD akan naik lepas 2022 melainkan MoF jelaskan pelarasan OMV 01

Harga kereta dipasang tempatan (CKD) di Malaysia akan naik sehingga antara 8 ke 20 peratus, melainkan Kementerian Kewangan menjelaskan secara terperinci status Open Market Value (OMV) dikemaskini yang buat masa ini ditangguhkan sehingga 31 Disember 2022, ujar Datuk Aishah Ahmad, Presiden Malaysia Automotive Association (MAA).

Pada Januari 2020, mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah meluluskan kemaskini dalam kiraan OMV bagi kereta CKD – dianggap bertujuan untuk meningkatkan hasil cukai kerajaan.

Baca juga:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MAA: Harga kereta CKD akan naik lepas 2022 melainkan MoF jelaskan pelarasan OMV 01

Secara amnya, OMV ialah harga kos yang dibayar oleh pengedar tempatan untuk sesebuah kereta. Bagi kereta yang dipasang tempatan (CKD), OMV merujuk kepada harga borong yang dibayar oleh syarikat pengedar / jualan nasional kepada kilang pembuatan / syarikat pengilangan kontrak / subsidiari pengilangan.

OMV secara amnya dikira sebagai kos keseluruhan bahan dan tenaga kerja yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah kereta, ditambah dengan caj pengangkutan dan insurans bagi menghantar kereta siap kepada bilik-bilik pameran.

MAA: Harga kereta CKD akan naik lepas 2022 melainkan MoF jelaskan pelarasan OMV 02

Ini juga nilai yang akan digunakan oleh pihak Kastam Malaysia apabila mengira nilai cukai berbayar eksais dan import (di mana berkenaan).

Terdahulu, servis-servis bukan pengilangan seperti kos pemasaran, gaji pekerja, bayaran royalty – tidak termasuk sekali.

Walau bagaimanapun, kiraan OMV baharu ini termasuk hal-hal di atas dan menurut anggaran MAA, ini akan mengakibatkan kenaikan harga model-model CKD sehingga antara 8 ke 20 peratus.

Baca juga:

MAA: Harga kereta CKD akan naik lepas 2022 melainkan MoF jelaskan pelarasan OMV 03

Secara teknikalnya, OMV baharu ini masih berkuatkuasa namun pihak kerajaan telah meletakkan penangguhan sementara keatasnya pada Disember 2020 dengan menawarkan rebat kepada pengilang-pengilang tempatan dalam nilai sama. Ini secara efektifnya membatalkan kenaikan harga disebabkan oleh OMV baharu berkenaan.

Bagaimanapun, penangguhan sementara ini akan luput menjelang 31 Disember 2022 dan sehingga kini, Kementerian Kewangan belum lagi menjelaskan langkah mereka yang seterusnya.

MAA: Harga kereta CKD akan naik lepas 2022 melainkan MoF jelaskan pelarasan OMV 04

Additional items included in the new OMV

Item-item tambahan yang termasuk dalam OMV baharu

MAA pula sedang memohon pihak kerajaan supaya membatalkan OMV baharu ini secara kekal, dan supaya kerajaan menggunakan semula kaedah kiraan terdahulu.

Baca juga:

MAA: Harga kereta CKD akan naik lepas 2022 melainkan MoF jelaskan pelarasan OMV 05

“Isu yang kami hadapi sekarang, ialah kerajaan telah menukar kiraan OMV pada 2020 untuk memasukkan item kos bukan pengilangan dalam pengiraan duti eksais. Jika ini berlaku, harga-harga kereta di atas jalan akan naik dari 8 ke 20 peratus.

“Kami telah menulis kepada pihak kerajaan untuk memohon kerana mereka telah memberi kita pengecualian sehingga penghujung tahun 2022. Kami telah memohon untuk memberitahu pihak kerajaan, ‘Tolong beritahu kami samada ini akan dilanjutkan atau tidak’ kerana ini amat penting pada industri.

“Jika ia tidak dilanjutkan, ini bermaksud yang semua kereta (CKD) akan naik harga menjelang tahun hadapan,” kata Datuk Aishah di Mesyuarat Agung Tahunan MAA hari ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda