Hanya beberapa bulan yang lalu Hyundai-Sime Darby Motors melancarkan Hyundai Palisade 2022 pada Disember 2021 di Malaysia namun ia tidak diambil kira apabila Hyundai Motor Group telah mengumumkan bahawa Hyundai Palisade facelift 2023 baharu akan dilancarkan minggu depan. Acara gilang gemilang itu akan diadakan tepat pada 13-April 2022, bertempat di New York International Auto Show.
Kedua-dua imej acah yang dikongsi HMG menunjukkan reka bentuk bahagian hadapan yang lebih bersegi, dengan gril dan lampu depan yang berbeza.
Sumber yang arif mengenai perkara itu turut berkongsi bahawa Hyundai Palisade facelift 2023 baharu juga akan mendapat papan pemuka baharu yang menampilkan reka bentuk berbeza untuk bahagian atasnya.
Skrin infotainmen juga akan dinaik taraf kepada unit 12.3 inci yang lebih besar, naik daripada 10.25 inci model sekarang. Tetapi itu tidak relevan untuk Malaysia kerana Hyundai Palisade pra-facelift yang dijual di Malaysia kini dilengkapi dengan skrin paling asas 8-inci, tanpa mengira varian.
Baca: Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea?
Hyundai Palisade 2022 pasaran Malaysia berharga dari RM 328,888 hingga RM 358,888, diimport dari Korea (CBU).
2 varian yang ditawarkan untuk model 3.8 liter NA adalah:
2 varian yang ditawarkan untuk model 2.2 liter turbodiesel adalah:
SUV tempat duduk tiga baris itu boleh didapati dalam konfigurasi 7 atau 8 tempat duduk, dengan pilihan enjin 4-silinder 2.2 liter turbo diesel (200 PS/440 Nm) atau 6-silinder V6 3.8 liter aspirasi semula jadi (295 PS/355 Nm).
Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan, pacuan empat roda untuk varian berkuasa diesel dan pacuan semua roda untuk varian berkuasa petrol.
Baca: Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}