window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu?

Faisal · Jan 9, 2022 02:00 PM

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 01

  • Hyundai Palisade nampak gah dengan harganya
  • Mazda CX-9 adalah pilihan yang lebih selamat tetapi dah sedikit tua
  • Yang mana anda pilih?

Baru-baru ini, Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) telah melancarkan SUV terbesar mereka iaitu Hyundai Palisade 2022. Rupa parasnya yang bagak turut dikejutkan dengan harga yang bermula setinggi RM 328,888.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 02

Tetapi apa yang tidak mengejutkan ialah ramai yang membandingkannya dengan Mazda CX-9 memandangkan saiz kedua-dua SUV mewah ini hampir serupa. Apapun, harga Mazda CX-9 bermula pada RM 319,847, kiranya RM 9,000 lebih murah daripada Hyundai Palisade.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 01

Palisade spec paling bawah yang berharga RM 329k mempunyai 8 tempat duduk. Untuk versi 7 tempat duduk, ia berharga RM 348,888 dan ini lagi mahal daripada CX-9 varian teratas AWD yang bermula pada RM 336,215.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 02

Lain macam kan Hyundai kali ini? Jadi, apa kata kita bandingkan di antara mereka berdua.

Yang mana lagi laju?

Dari segi trenkuasa, Palisade datang dengan pilihan enjin 2.2L turbodiesel CRDi (200 PS, 440 Nm) atau enjin 3.8L NA V6 Lambda II (295 PS, 355 Nm). Kedua-dua sumber kuasa dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 03

CX-9 pula hadir dengan pilihan enjin 2.5L turbo SkyActiv-G (230 PS, 420 Nm). Transmisi yang digunakan adalah automatik 6 kelajuan.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 04

Varian teratas buat CX-9 pula berpacuan semua tetapi Palisade hanya ditawarkan dengan pacuan roda depan.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 05

Apapun, Palisade lebih berpestasi tinggi kerana enjinnya lebih besar.

Yang mana lagi lawa?

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 06

Rupa adalah sesuatu yang subjektif dan kami sendiri sebenarnya lebih berkenan dengan reka bentuk Palisade. Ia lebih unik untuk dilihat dan nampak macam sebuah SUV Amerika.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 07

Gril yang besar, bahagian belakang yang nampak gah dan bentuk yang kebal sudah nampak ala Cadillac atau GMC.

Juga baca27 foto mengapa Hyundai Palisade 2022 ialah Cadillac dengan interior yang lagi cun daripada BMW

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 08

Mengenai CX-9 pula, ia nampak terlalu sama dengan adik beradiknya. Kami sememangnya gemar dengan reka bentuk Mazda tetapi kalau terlalu serupa, mana uniknya? Betul tak?

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 09

Lagi satu, boleh dikatakan bahawa CX-9 adalah sebuah CX-8 yang kurang satu tempat duduk tetapi dengan harga yang jauh lebih mahal.

Kabin yang mana lagi memukau?

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 10

Kabin Hyundai Palisade.

Untuk RM 300k, kedua-dua SUV menawarkan kabin yang cukup menakjubkan. Namun untuk Hyundai Palisade, pembeli boleh memilih tema warna mengikut citarasa masing-masing.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 11

Kalau merah bukan citarasa anda, kabin Palisade boleh dipilih dengan warna space grey (atas) atau hitam (bawah).

Mengenai CX-9, baru-baru ini terdapat penawaran Ignite Edition yang mana ia hadir dengan kemasan kulit berwarna merah. Palisade pula datang dengan pilihan bahagian dalam hitam penuh atau warna kelabu cerah berkulit Nappa. Bagi mereka yang betul-betul teringin, tempat duduk berwarna merah juga ada.

Juga bacaMazda CX-9 2021 dinaiktaraf – Harga dari RM 319,000, tambah Apple CarPlay

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 12

Dari segi bahan binaan, kedua-dua SUV ini betul-betul sengit.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 13

Walaupun bagi kami Palisade ada eksterior yang lagi menakjubkan, bahagian dalam tetap kami berikan pada CX-9 kerana ia lebih minimalis dan nampak cukup kemas.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 14

Pemilih gear jenis elektronik yang ada pada Palisade mungkin nampak lebih moden tetapi kebanyakan pembeli SUV di kelas ini kebiasaannya mengidamkan sesuatu yang simplistik. Jadi, kami berikan pemenangnya kepada Mazda CX-9.

Yang mana ada ciri lagi banyak?

Kedua-dua SUV ini ada ciri yang cukup menyeluruh. Menariknya, walaupun kedua-dua saingan boleh memuatkan 7 penumpang, susunan tempat duduk yang diletakkan sebenarnya agak berbeza.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 15

Baris kedua.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 16

Baris ketiga.

Palisade datang dengan format tempat duduk 2-2-3 manakala CX-9 hadir dengan 2-3-2. Bezanya, Palisade menggunakan kerusi baris kedua jenis kapten.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 17

Selain itu, Palisade hadir dengan bumbung suria kembar yang mana ia untuk baris pertama dan kedua. CX-9 pula ada untuk bahagian tempat duduk depan sahaja.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 18

Apapun, CX-9 tetap menampilkan ciri yang lagi hebat. Antaranya seperti infotainment 9 inci berbanding 8 inci dan sistem audio Bose 12 pembesar suara berbanding 6 pada Palisade.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 19

Kamera 360-darjah pada Mazda CX-9.

Yang tak boleh tahannya, Palisade tidak datang langsung dengan ciri kamera 360-darjah. Untuk SUV yang panjangnya hampir 5 meter, ketiadaan ciri ini akan menyukarkan pemandu untuk mengendalikan kenderaan.

Yang mana ada sistem keselamatan yang lebih menyeluruh?

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 20

Kedua-dua SUV dilengkapkan standard dengan 6 beg udara, ABS, kawalan kestabilan dan kawalan cengkaman.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 21

Antara butang dalam kabin Palisade, perasan tak EPB ada di belah kiri?

Dari segi sistem bantuan keselamatan autonomi ADAS, Palisade varian petrol Luxe 7 hadir dengan Hyundai SmartSense yang merangkumi ciri kawalan pelayaran adaptif, brek kecemasan automatik, bantuan kekal dalam lorong, lampu tinggi adaptif dan bermacam-macam lagi.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 22

Butang dalam kabin Mazda CX-9.

Sebagai perbandingan, Mazda i-Activsense, iaitu sistem ADAS yang sama didatangkan standard pada CX-9.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 23

Dengan kelengkapan yang cukup mengagumkan buat kedua-dua jentera ini, saingan di antara mereka sebenarnya cukup sengit. Tetapi kalau harga menjadi faktor penentu, tiada masalah untuk anda membeli Mazda CX-9.

Hyundai Palisade vs Mazda CX-9 – pertarungan SUV raksasa terbaik di Malaysia, mana lagi padu? 24

Tetapi kalau anda betul-betul mahu menyerlah dalam khalayak ramai, ataupun hendak nampak macam hero ala drama Korea, tidak perlu pening kepala dan beli terus Hyundai Palisade.

Juga bacaHyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea?

@wapcar_zamil Sultan J mesti dah booking satu! 😁 #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #belajaronline #kelastiktok #malaysia #hyundai #hyundaipalisade #suv ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Hyundai Palisade 2.2 Diesel Exec 8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda