window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea?

Haris Β· Dec 16, 2021 11:15 AM

Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea? 01

Hyundai Sime Darby Motors kini tampil dengan SUV terbesar dalam armadanya selepas melancarkan Hyundai Palisade 2022. SUV ini mungkin antara SUV premium terbesar yang ada dalam pasaran, memuatkan sehingga 8-penumpang dan terletak dalam segmen E. Ia dibawa secara import penuh (CBU) dari Ulsan, Korea.

Terdapat 2 pilihan enjin dan 4 varian diperkenalkan. Harga bermula dari RM 328k sehingga RM 358k.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea? 01

Varian enjin 3.8L dipertontonkan

Model teratas dipacu oleh enjin 6-silinder V6, 3.8 liter NA petrol Lambda II GDI yang sangat berkuasa, mampu menghamburkan sehingga 295 PS dan 355 Nm tork. Gergasi mercu ini dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan jenis shift by wire yang memacu roda hadapan (FWD) sahaja.

2 varian yang ditawarkan untuk model 3.8 liter NA adalah:

  • Hyundai Palisade 3.8L Luxe 7 - RM 358,888 (7 penumpang)
  • Hyundai Palisade 3.8L Luxe 8 - RM 338,888 (8 penumpang)

Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea? 02

Varian enjin 2.2L dipertontonkan

Model varian pertengahan dan rendah pula dipacu oleh enjin 4-silinder sebaris 2.2 liter turbodiesel R2.2 CRDi yang tidak kurang hebatnya, menghasilkan sehingga 200 PS dan 440 Nm tork. Pilihan enjin diesel ini juga dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan jenis shift by wire yang memacu empat roda (4WD) dengan teknologi Active on Demand.

2 varian yang ditawarkan untuk model 2.2 liter turbodiesel adalah:

  • Hyundai Palisade 3.8L Executive 7 - RM 348,888 (7 penumpang)
  • Hyundai Palisade 3.8L Executive 8 - RM 328,888 (8 penumpang)

Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea? 03

Rekaan Hyundai Palisade 2022 begitu menonjol kerana ia bukan sebuah SUV gagah konvensional. Gril besar di hadapan satu bahagian menggunakan warna kontras perak menyerlahkan kehadiran SUV segmen E ini atas jalan serta pelapisan hitam yang minimal di sekeliling memberikan perhatian kepada garis badan SUV ini yang besar. Bahagian sisi dan belakang juga tampil minimalis tanpa sebarang rekaan yang sibuk.

Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea? 04

Bahagian luaran Hyundai Palisade 2022 juga menampilkan beberapa perincian bergaya eksklusif misalnya LED untuk kesemua lampu, rekaan lampu isyarat cermin sisi yang terpisah, bumbung suria, rel bumbung dan rim 20-inci aloi dengan rekaan jejari Y. Kesemuanya dibangunkan dengan frem monocoque.

Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea? 05

Direka untuk keselesaan bos-bos, bahagian dalaman Hyundai Palisade 2022 lebih banyak menerima perhatian. Papan pemuka, stereng, kerusi semuanya disudahi dengan kemasan kulit Nappa. Konsol tengah yang luas tampil ringkas dengan penukar gear dalam bentuk butang, serta panel meter instrumen digital bergabung dengan skrin infotainment hiburan.

Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea? 06

Untuk keselesaan penumpang, Hyundai Palisade 2022 pemurah dengan corong penyaman udara bahagian bumbung serta baris kedua, kerusi pemandu memori pelarasan 12-arah dengan sokongan lumbar, kerusi penumpang pelarasan kuasa 8-arah, pemanas (untuk model 8-penumpang sahaja) dan ventilasi kerusi. Muatan belakang pula memuatkan sehingga 704 liter bila baris ketiga dilipat manakala 311 liter untuk kerusi baris ketiga ditegakkan.

Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea? 07

Sistem infotainment digital hadir dengan skrin sesentuh 8-inci dengan sokongan Apple Carplay dan Android Auto serta arahan suara manakala kluster meter instrumen 7-inci dalam satu panel. Sehingga 6 port pengecasan USB ditawarkan manakala pemandu menerima paparan Heads Up (HUD), paddle shifter, 4 mod pemanduan dan kawalan lampu dan pengelap cermin automatik.

Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea? 08

Semua varian Hyundai Palisade 2022 3.8L menerima sistem bantuan pemandu ADAS Hyundai Smartsense. Varian atas dilengkapi dengan ciri seperti Smart Cruise Control (SCC), Blind Spot Collision-Avoidance Assist (BCA), Rear Cross Traffic Collision-Avoidance Assist (RCA), Lane Keep Assist (LKA), Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Leading Vehicle Departure Alert (LVDA), High Beam Assist (HBA) dan Driver Attention Warning (DWA).

Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea? 09

Varian 2.2L pula hanya ditawarkan dengan SCC, BCA, dan RCCA. Ciri keselamatan standard pula merangkumi 6 beg udara, ABS dengan EBD, TCS, ESC, Downhill Brake Control (DBC), Trailer Stability Assist (TSA), sensor parkir depan belakang dan Safety Exits Assist.

Terdapat 6 pilihan warna sebagai pilihan iaitu hitam Timeless Black, putih White Cream, perak Lagoon Silver, kelabu Steel Graphite dan biru gelap Moonlight Cloud.

Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea? 10

Pemandu yang tolong menjaga servis SUV ini perlu tahu bahawa waranti standard Hyundai Palisade 2022 merangkumi 2 tahun / 50,000 km. Waranti tambahan sebanyak RM 11k (model 2.2 turbodiesel) dan RM 12k (model 3.8L V6) boleh dibeli dan ini meningkatkan lagi jaminan kepada 5 tahun / 300,000 km yang turut meliputi servis dan penyelenggaraan percuma untuk 3 tahun / 50,000 km.

Baca: Hyundai Palisade bakal masuk Malaysia, ini 20 bukti kenapa ia lagi cantik daripada Mazda CX-9!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Hyundai Palisade 2.2 Diesel Exec 8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda