window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Berapakah harga Hyundai Palisade bila ia dilancarkan di Malaysia nanti?

Mersita Β· Nov 16, 2021 05:00 PM

Berapakah harga Hyundai Palisade bila ia dilancarkan di Malaysia nanti? 01

SUV paling besar ditawarkan Hyundai, Hyundai Palisade, telah dikesan di jalan raya Malaysia pada hujung bulan lalu. Ini bermaksud pelancarannya di Malaysia juga akan berlangsung tidak lama lagi.

Berapakah harga Hyundai Palisade bila ia dilancarkan di Malaysia nanti? 02

Walaupun Hyundai Palisade nampak mengagumkan, pasti ramai yang tertanya-tanya – berapakah agaknya harga Hyundai Palisade di Malaysia?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Spyshot: Hyundai Palisade 2021 mendarat di Malaysia untuk lawan XC90, CX-9 dan X90!

Berapakah harga Hyundai Palisade bila ia dilancarkan di Malaysia nanti? 01

Bagi memberikan anda gambaran lebih jelas, kami rujuk senarai harga beberapa model kereta dari laman sesawang Agensi Pengangkutan Darat (LTA) Singapura memandangkan ia menggambarkan nilai pasaran terbuka (OMV) yang telus.

Berapakah harga Hyundai Palisade bila ia dilancarkan di Malaysia nanti? 02

Secara amnya, OMV ialah kos kereta apabila ia tiba di pelabuhan negara yang dituju, termasuklah harga borong, pengangkutan, insuran, dan kos penghantaran – kecuali cukai tempatan. Dalam erti kata lain, ianya ialah harganya bebas cukai duti (hampir sama).

Berapakah harga Hyundai Palisade bila ia dilancarkan di Malaysia nanti? 03

OMV bagi Hyundai Palisade dengan enjin petrol V6 3.5 liter tersenarai dengan harga SGD 38,980 (~RM 120,000), menjadikan harganya lebih tinggi berbanding SUV seperti Mazda CX-8 (SGD 31,353, atau ~RM 96,000) ataupun Toyota Harrier 2.0 (SGD 35,935, ~RM 111,000).

Berapakah harga Hyundai Palisade bila ia dilancarkan di Malaysia nanti? 04

Di Malaysia pula, Toyota Harrier dijual pada harga RM 250,000. Dengan mengambil kira jurang yang sama dalam harga, ada kemungkinan besar yang harga Palisade di Malaysia boleh mencecah atau melangkaui RM 300,000. Perlu diingat yang Palisade di Malaysia dijangka akan dikuasakan oleh enjin berkapasiti lebih besar iaitu 3.8 liter. Enjin 3.8 liter ini menjana 295 PS dan 355 Nm.

Jurang dalam nilai OMV mungkin tak nampak banyak. Tapi, di Malaysia, kereta import terikat dengan cukai import oleh kerajaan Malaysia. Oleh kerana Palisade diimport (CBU) dari Korea Selatan, ia tertakluk dengan sekurang-kurangnya 105 peratus duti eksais dan 30 peratus duti import – melonjakkan lagi harga tinggi yang sedia ada.

Baca juga: Hyundai Palisade bakal masuk Malaysia, ini 20 bukti kenapa ia lagi cantik daripada Mazda CX-9!

Berapakah harga Hyundai Palisade bila ia dilancarkan di Malaysia nanti? 05

SUV kedua paling mahal dalam barisan tawaran Hyundai-Sime Darby Malaysia (HSDM) ialah Hyundai Santa Fe, berharga antara RM 169,888 hingga RM 209,888.

Baca juga: Hyundai Palisade 2021 dengan enjin 3.8L V6, bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Hyundai Palisade 2.2 Diesel Exec 8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda