Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur hari ini membenarkan kerani wanita, Sam Ke Ting (27), dilepaskan dengan ikat jamin RM 10,000 dengan seorang penjamin setelah membenarkannya memfailkan rayuan dan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara serta denda atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak lima tahun lalu.
Panel hakim yang dipengerusikan Hakim Dato’ P Ravinthran berserta Hakim Dato’ Lee Heng Cheong dan Hakim Dato’ Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan membenarkan permohonan pembebasan sementara Ke Ting dengan ikat jamin sehingga rayuan didengar setelah Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, memberitahu mahkamah tiada bantahan dari pihak pendakwaraya.
Pada Jumaat lalu, Ke Ting yang diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan bagi merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM 60,000 bermula tarikh sabitan pada Rabu lalu (13 April).
Juga baca: Kes maut remaja basikal lajak tak adil, Sam Ke Ting akhirnya fail rayuan ke Mahkamah Rayuan
Juga baca: Wanita langgar mati geng basikal lajak di JB masuk penjara 6 tahun, didenda RM 6,000
Ke Ting dijatuhkan hukuman berkenaan atas kesalahan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian sekumpulan remaja berbasikal lajak di Johor Bahru pada 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.
Juga baca: Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}