window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kes maut remaja basikal lajak tak adil, Sam Ke Ting akhirnya fail rayuan ke Mahkamah Rayuan

Faisal ยท Apr 15, 2022 09:00 AM

Kes maut remaja basikal lajak tak adil, Sam Ke Ting akhirnya fail rayuan ke Mahkamah Rayuan 01

Keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan mangsa basikal lajak, Sam Ke Ting hukuman penjara 6 tahun dan denda RM 6,000 pada Rabu lalu gara-gara mengakibatkan kematian 8 remaja membuatkan satu Malaysia rasa tidak puas hati.

Juga bacaJalan raya bukannya untuk berlumba basikal lajak, ibu bapa patut pantau – Pengerusi MIROS

Kes maut remaja basikal lajak tak adil, Sam Ke Ting akhirnya fail rayuan ke Mahkamah Rayuan 02

8 kaki basikal lajak yang terkorban.

Apapun, wanita yang berusia 27 tahun itu sudahpun menfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan bagi merayu keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kes maut remaja basikal lajak tak adil, Sam Ke Ting akhirnya fail rayuan ke Mahkamah Rayuan 01

Menurut peguam beliau, notis usul kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman sudah difailkan menerusi sistem e-filing mahkamah. Selain itu, pihaknya turut memfailkan sijil segera bagi mempercepatkan pendengaran rayuan kes ini.

Kes maut remaja basikal lajak tak adil, Sam Ke Ting akhirnya fail rayuan ke Mahkamah Rayuan 02

Bagi anda yang belum tahu, Mahkamah Tinggi pada 10 Oktober lalu telah mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan Sam daripada kesalahan memandu secara ‘melulu’ hingga menyebabkan kematian sekitar 5 tahun lepas.

Kes maut remaja basikal lajak tak adil, Sam Ke Ting akhirnya fail rayuan ke Mahkamah Rayuan 03

Untuk makluman anda, Sam turut diperintah menjalani tambahan hukuman penjara 6 bulan seandainya gagal membayar denda tersebut. Malah, kelayakan memandu juga akan digantung 3 tahun sebaik sahaja hukuman penjara itu selesai.

Kes maut remaja basikal lajak tak adil, Sam Ke Ting akhirnya fail rayuan ke Mahkamah Rayuan 04

Trajedi ini berlaku pada Februari 2017.

Menurut Hakim Datuk Abu Bakar Katar, keputusan hukuman yang dibuat adalah berdasarkan perbuatan berat yang mana responden memandu secara melulu sehingga menggadaikan nyawa orang lain.

Juga bacaWanita langgar mati geng basikal lajak di JB masuk penjara 6 tahun, didenda RM 6,000

Sumber: Harian Metro

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda