window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam

Haris · Apr 15, 2022 11:59 AM

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam 01

Malaysia digemparkan sekali lagi dengan hukuman yang dijatuhkan di Johor mengenai seorang kerani yang didakwa melanggar 8 orang kanak-kanak yang menunggang basikal lajak. Setiap orang mempunyai pandangannya masing-masing namun untuk melihat pertuduhan dan hukumannya tanpa sebarang prejudis, kami merujuk kepada seorang peguam dalam menjelaskan kes tersebut.

Fakta: Dijatuhkan hukuman kerana memandu secara melulu

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tertuduh, Sam Ke Ting telah didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, selain lesen memandu digantung, jika sabit kesalahan.

Jika dibandingkan dengan hukuman sebenar, iaitu penjara enam tahun dan denda RM6,000 serta hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas hukuman penjara selesai, terdapat sedikit budi bicara yang telah diberikan oleh hakim Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan tidak dibuat berdasarkan kes membunuh atau membunuh tanpa sengaja dan sebagainya. Ia adalah berdasarkan memandu dan kesalahan yang berkaitan dengannya.

Baca: Wanita langgar mati geng basikal lajak di JB masuk penjara 6 tahun, didenda RM 6,000

Fakta: 8 orang meninggal

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam 01

Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam hujahnya berkata perbuatan responden yang memandu cara melulu atau merbahaya menyebabkan kehilangan 8 nyawa. Kesalahan yang dilakukan responden adalah antara kes yang tertinggi di Johor, dengan statistik menunjukkan kes kemalangan maut antara 2011 hingga 2021 membabitkan sejumlah 10,297 kematian.

Hal ini bermakna, 0.08 peratus kematian akibat kemalangan di Johor dalam tempoh masa 10 tahun dilakukan oleh seorang tertuduh. Malah, jumlah mangsa keseluruhan dalam kes basikal lajak adalah 8 remaja menaiki basikal lajak terkorban, 4 parah manakala 4 lagi turut tercedera dirempuh kereta suspek.

Oleh yang demikian, hakim telah memutuskan bahawa ini merupakan suatu kesalahan berat.

Fakta: Mahkamah Majistret terkhilaf dalam keputusan

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam 02

Menurut Yang Arif Datuk Abu Bakar Katar lagi, mahkamah Majistret terkhilaf apabila gagal memutuskan pembelaan responden secara tidak bersumpah dan hanya bersifat penafian semata-mata.

Antara contoh penafian yang dilakukan oleh responden sebelum ini adalah tertuduh tidak memandu laju. Perkara ini tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwa.

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam 03

Penafian boleh dilakukan dan dibuktikan oleh defendan namun pendakwaan menggunakan bukti yang lebih konkrit seperti saksi dan sebagainya

Penafian lain termasuk patuh undang-undang dengan memakai tali pinggang keledar, tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau bermain telefon bimbit. Kesemuanya dapat dibuktikan oleh defendan.

Walaubagaimanapun, fakta baharu yang baru sahaja ditimbulkan dalam Mahkamah Tinggi telah mengubah persepsi tersebut.

Sepanjang perbicaraan bermula Ogos 2017, 46 saksi pendakwaan dan 214 ekshibit dikemukakan di mahkamah.

Fakta: Ada kes kemalangan sebelum kes ini

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam 04

Terdapat satu lagi fakta yang timbul tetapi versi ini tidak didedahkan oleh responden ketika kes pendakwaan dalam perbicaraan Mahkamah Majistret.

Difahamkan bahawa terdapat kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri.

Hakim memberitahu bahawa "responden dalam pembelaannya menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri, namun versi ini tidak pernah ditimbulkan responden ketika kes pendakwaan.

"Oleh itu, mahkamah ini mengetepikan keputusan mahkamah bicara yang melepas dan membebaskan responden di akhir kes pembelaan. Mahkamah memutuskan responden bersalah dan disabitkan atas pertuduhan itu,".

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam 05

Tangkap layar rakaman dashcam sebelum kejadian. Sumber: DSS

Perincian mengenai fakta baharu ini juga tidak didedahkan secara meluas namun ia mungkin memberi petunjuk bahawa dalam situasi yang sama, pemandu yang melarikan diri tersebut walaupun terlanggar basikal mangsa, tetapi tidak sampai mengorbankan sebarang nyawa.

Impaknya dilihat berbeza dengan pihak tertuduh yang mengorbankan sehingga 8 nyawa (dan 8 lagi parah dan cedera), memberi petunjuk bahawa terdapat tanda-tanda pemanduan melulu atau mungkin pergerakan berkelajuan tinggi ada dilakukan oleh tertuduh.

Juga keadaan kereta yang terbalik, memberi petunjuk bahawa terdapat tanda-tanda kenderaan bergerak laju. Melainkan defendan mampu membuktikan bahawa kereta memang boleh terbalik dalam had laju yang ditetapkan.

3 perenggan akhir adalah pandangan yang dilihat seiring dengan hujah pendakwaan.

Hujah: Kanak-kanak tidak sepatutnya berada di atas jalan raya pada waktu berkenaan

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam 06

Antara hujah sebelum ini adalah jalan raya tersebut bukanlah tempat kebiasaan untuk budak-budak bermain.

Tidak dinafikan, hujah tersebut adalah kuat namun perlu diingatkan, sesiapa sahaja boleh berada di atas jalan raya tersebut pada waktu tersebut.

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam 07

Kanak-kanak juga tidak sepatutnya menunggang motosikal, tapi kemalangan motosikal paling tinggi adalah daripada golongan ini. Siapa yang benarkan?

Boleh jadi terdapat pekerja pembinaan jalan raya, atau gelandangan, atau kutu rayau, atau orang tua yang mengalami dementia atau orang kurang siuman, atau sesiapa sahaja berpotensi untuk berada di atas jalan raya pada waktu-waktu yang tidak dijangka seperti yang dinyatakan pihak responden.

Oleh yang demikian, pemanduan secara berhemah perlu dilakukan SETIAP MASA dan bukan bermakna waktu jalan lenggang, kita dapat memandu secara sambil lewa.

Konklusi

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam 08

Apabila 8 nyawa telah terkorban, sukar untuk menganggap pelaku untuk tidak bersalah apatah lagi pelaku terlibat secara langsung terhadap kemalangan tersebut.

Tidak dilupakan juga, tindakan undang-undang masih boleh dikenakan ke atas ibu bapa mangsa di atas pengabaian dengan hukuman denda sehingga RM 20,000 atau penjara 5 tahun sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan anak-anak di bawah umur yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak. Namun yang ini terpulang kepada pihak pendakwa raya.

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam 09

Kami percaya tragedi ini boleh berlaku kepada saya, anda dan sesiapa sahaja.

Namun adakah kita bersetuju hanya disebabkan pemandu mematuhi undang-undang jalan raya sepenuhnya, memandu dalam had laju tanpa pengaruh alkohol, maka pemandu itu boleh meragut nyawa seseorang di jalan raya tanpa sebarang hukuman?

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam 10

Foto Sabariah | Harian Metro

Bayangkan jika anak anda sendiri tanpa sengaja melulu ke tengah jalan raya, tidakkah anda berharap pemandu kenderaan mengambil langkah berjaga-jaga agar satu nyawa dapat diselamatkan?

Dari sudut undang-undang walaupun kumpulan basikal lajak ini berkumpul tetapi menjadi tanggungjawab pengguna jalan raya untuk memandu dengan berhemah dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Jika undang-undang tidak sekurang-kurangnya menghukum individu yang meragut nyawa seseorang di jalan raya, maka masyarakat tiada insentif untuk berhati-hati lagi memandu di jalan raya. Ini bukanlah suatu sikap yang ingin ditunjuk oleh pihak keadilan.

Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam 11

Atau lebih baik, pasang dashcam

Akhir kata, kepentingan awam perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi. Pihak pendakwaan telah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mempertimbangkan prinsip kepentingan awam berikutan kes itu mengorbankan sehingga 8 mangsa.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah keputusan terakhir kerana masih terdapat satu lagi rayuan kes di Mahkamah Rayuan justeru hujah seterusnya oleh hakim Mahkamah Rayuan tentunya lebih menarik untuk dibincangkan selepas ini. - Rujukan: Berita Harian

Penafian: Ini hanyalah sekadar ulasan dalam memahami keputusan Mahkamah Tinggi dan bukannya hujah atau pendapat peribadi.

Baca: Kes maut remaja basikal lajak tak adil, Sam Ke Ting akhirnya fail rayuan ke Mahkamah TInggi

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda