window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Wanita langgar mati geng basikal lajak di JB masuk penjara 6 tahun, didenda RM 6,000

Mersita ยท Apr 13, 2022 02:26 PM

Wanita langgar mati geng basikal lajak di JB masuk penjara 6 tahun, didenda RM 6,000 01

Mahkamah Tinggi telah memerintahkan hukuman penjara enam tahun bermula tarikh sabitan hari ini serta denda RM 6,000 keatas responden, Sam Ke Ting (27), atas kesalahan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian sekumpulan remaja berbasikal lajak di Johor Bahru lima tahun lalu.

Responden juga akan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun selepas lengkap hukuman penjara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan tersebut hari ini dalam prosiding rayuan kes yang dikemukakan pihak pendakwa setelah Mahkamah Majistret mengekalkan keputusan untuk membebaskan responden daripada tuduhan berkenaan pada 10 Oktober 2019.

Abu Bakar berkata mahkamah telah mempertimbangkan pelbagai faktor, antaranya statistik kes kemalangan maut antara 2011 dan 2021 yang tinggi di Johor (10,297 kematian) dan memutuskan kepentingan awam perlu diberi keutamaan berbanding kepentingan peribadi.

"Perbuatan responden yang memandu secara melulu atau merbahaya menyebabkan kehilangan lapan nyawa. Kesalahan yang dilakukan responden adalah kesalahan berat,” katanya.

Wanita langgar mati geng basikal lajak di JB masuk penjara 6 tahun, didenda RM 6,000 01

Pada awal pagi 18 Febuari 2017, Sam yang memandu sebuah kereta Nissan Almera telah merempuh sekumpulan remaja yang bermain basikal lajak di jalan raya tiga lorong, Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. Lapan orang mangsa berumur antara 13 hingga 16 tahun meninggal dunia, manakala enam lagi berumur antara 14 hingga 19 tahun mengalami kecederaan.

Terdahulu, Majistret Siti Hajar Ali dalam keputusannya pada Oktober 2019 berkata keadaan jalan raya pada masa itu adalah mustahil bagi si tertuduh untuk membuat jangkaan yang adanya geng berbasikal di jalan raya pada pukul 3 pagi.

Juga baca: Wanita rempuh geng basikal lajak di JB dulu dipanggil semula ke mahkamah

Wanita langgar mati geng basikal lajak di JB masuk penjara 6 tahun, didenda RM 6,000 02

Berdasarkan bukti yang dikumpul pasukan penyiasat, terdapat sebuah pokok besar di laluan tersebut dan pencahayaan jalan malap walaupun adanya lampu jalan di pembahagi jalan sehingga menyebabkan responden tidak nampak kumpulan basikal lajak berkenaan sebelum merempuh mereka.

Menurut Abu Bakar dalam prosiding hari ini pula, responden dalam pembelaannya menimbulkan satu versi yang tidak dinyatakan ketika kes pendakwaan berlangsung, iaitu ada kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri. Terdahulu, pihak pendakwa berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

"Oleh itu, mahkamah ini mengenepikan keputusan mahkamah bicara yang melepas dan membebaskan responden di akhir kes pembelaan. Mahkamah memutuskan responden bersalah dan disabitkan atas pertuduhan itu," katanya.

Juga baca: RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 diluluskan; denda pemandu mabuk, mengantuk dan basikal lajak

Pada 18 Februari 2021, Sam dipanggil semula ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk pembelaan setelah pihak pendakwa berjaya menubuhkan kes prima facie ke atas Sam. Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pihak pendakwa keatas keputusan dibuat oleh Majistret Siti Hajar Ali yang melepaskan Sam tanpa meminta pembelaannya setelah mendapati pihak pendakwa gagal menubuhkan kes prima facie keatas Sam.

Sumber: Harian Metro

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda