Mercedes-Benz telah mendedahkan bahawa model W223 akan menampilkan sistem suspensi aktif yang menggunakan sistem Kawalan Badan E-Aktif (E-Active Body Control) sebagai pilihan. Sistem ini akan menambah penyokong separa-pneumatik pada penyerap hentak angin dan bersambung terus dengan motor pintar berkuasa 48 V.
Sistem suspensi aktif ini berfungsi dengan bertindak balas dengan jangkaan melalui bantuan pemprosesan dan kamera bagi mengatasi pelbagai situasi hasil daripada pelbagai jenis pemanduan yang berbeza.
Sebagai contoh, dalam mod pemanduan selesa, sistem ‘Kawalan Badan E-Aktif’ ini akan menyesuaikan sistem suspensi bagi mengurangkan ketidakselesaan semasa kereta melalui bonggol. Penyesuaian ini dilakukan melalui bantuan kamera hadapan yang berfungsi untuk memantau jalan raya.
Sementara itu, penggunaan sistem ‘Kawalan Badan E-Aktif’ ini dapat mengurangkan isu ‘body roll’ dan ketidakselesaan penumpang semasa kereta melalui selekoh jalan raya.
Tambahan pula, sistem ‘Kawalan Badan E-Aktif’ ini akan menaikkan badan kereta sebanyak 80 mm sekiranya terdapat jangkaan perlanggaran dari tepi. Hal ini menyebabkan impak perlanggaran kebanyakannya diserap oleh pintu dan struktur tetiang. Ini turut bermakna kurangnya impak terhadap penumpang.
Dengan pengenalan beg udara penumpang, adakah kita akan menyaksikan sebuah revolusi keselamatan dalam kereta tahap pengenalan dalam 10 ke 15 tahun akan datang?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}