Ulang tahun Mercedes-Benz E-Class (W210) yang ke-25. Kenapa model ini sangat dikenali ramai?

Nama Mercedes-Benz tidak asing dalam penghasilan jentera yang hebat, terutama dari sudut teknologi, kemewahan dan tahap keselesaan. Maklumlah, mereka adalah pengeluar yang mencipta kereta produksi pertama pada tahun 1885 sehinggalah sekarang.

Model E-Class generasi W210 yang dihasilkan dari tahun 1995 hingga tahun 2003 merupakan sejarah kehebatan Mercedes-Benz dalam meningkatkan standard kelasnya dalam aspek teknologi, kemewahan, rupa paras dan keselesaan.

Model W210 yang membuat kemunculan pada tahun 1995 didatangkan dalam tiga versi iaitu, iaitu "Classic", "Elegance" dan "Avantgarde".

Versi “Classic” adalah versi asas E-Class, dimana reka bentuk luarannya agak selamat. Versi "Elegance" pula merangkumi roda aloi ringan dengan reka bentuk sepuluh jejari, sentuhan dalaman seperti kayu, tombol gear dan roda stereng berbalut kulit, dan juga pendingin hawa di tempat duduk belakang. Ini dibezakan lagi daripada versi "Classic" melalui pemegang pintu dan bampar sentuhan krom yang dilengkapi jalur pelindung.

Versi "Avantgarde" menonjolkan diri dengan lebih jelas daripada adik-beradik mereka, dengan gril radiator eksklusif yang menggabungkan lima bar krom mendatar dimana garisan ini mempunyai profil yang tersendiri. Ia juga didatangkan dengan lampu xenon dihadapan.

Kereta ini mempunyai kentinggan badan yang diturunkan, casis sport dan tayar lebar pada roda aloi ringan bersaiz 16-inci dengan reka bentuk lima bilah. 

Versi sentuhan AMG untuk W210 iaitu E 50 AMG yang dilancarkan di pasaran setahun selepas pelancaran pertama model ini didatangkan khas dengan enjin 8-silinder dan transmisi 5-kelajuan automatik.

Yang pasti, reka bentuk yang dikenali sebagai "Mercedes mata belalang” yang kita pernah dengari suatu ketika dahulu tidak dapat dilupakan.

Ketika E-Class generasi W210 membuat kemunculan pada bulan Jun 1995, buat pertama kalinya Mercedes-Benz E-Class mempunyai bahagian depan yang menonjol. Ia menampilkan empat lampu depan berbentuk bujur.

Reka bentuk seperti coupe pada bahagian hujung belakang juga pernah menimbulkan kontroversi. Namun begitu, elemen reka bentuk yang berbeza dengan garisan yang lebih tepat daripada generasi W124 sebelumnya telah diterima baik oleh para pakar dan orang ramai. Dengan itu, model W210 ini pernah dianugerahkan 'Red Dot Design Award' iaitu anugerah reka bentuk yang terkenal dalam industri permotoran.

Tetapi bukan hanya bentuk khasnya yang memberi impak besar dalam sejarah model E-Class. Ia juga menggabungkan lebih daripada 30 inovasi teknikal. Antara inovasinya ialah:

  • Kawalan cengkaman secara elektronik (ETS)
  • Operasi cermin secara elektronik
  • Paparan suhu luaran
  • Perangkap habuk
  • Lampu brek ketiga di bahagian but belakang

Satu inovasi yang luar biasa ialah pencapaian kadar lintasan angin aerodinamik serendah 0.27 Cd.

Di samping itu, model W210 juga adalah kereta produksi Mercedes-Benz pertama yang menampilkan lampu Xenon di hadapan (termasuk kawalan jarak lampu depan yang berpusing arah mengikut pusingan stereng), khusus untuk versi "Avantgarde".

Versi wagon juga didatangkan untuk pembeli yang mementingkan ciri praktikal terutama di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

Bermula model tahun 2000, sistem maklumat pelbagai fungsi dimasukkan ke dalam paparan di bawah meter halaju dan juga pengenalan tombol kawalan untuk sistem audio, navigasi dan telefon.

Selain itu, transmisi 5-kelajuan automatik juga memperkenalkan sistem 'Touch Shift' yang menggunakan posisi +/- untuk kawalan secara manual pada kotak gear.

Mercedes-Benz juga adalah pengeluar kereta pertama di seluruh dunia yang menggunakan pengikat kekuatan tali pinggang dan ini didatangkan standard dalam E-Class model W210. Di samping itu, perlindungan hentaman tepi ditingkat lagi dengan sistem beg udara yang dikemaskini.

Antara sistem inovatif lain yang terdapat pada W210 termasuklah pengesan hujan untuk pengelap cermin hadapan, pengesan kualiti udara automatik untuk kawalan iklim, dan Parktronic (PTS) sebagai alat bantuan parkir yang diadaptasi oleh sistem 'ultrasonik'.

Sebagai tambahan, versi perlindungan khas yang kebanyakannya buatan tangan didatangkan bagi memenuhi permintaan oleh segmen kelas pertengahan untuk mereka lebih mementingkan kekebalan perlindungan keselamatan.

Pada permulaannya, model W210 dilancarkan dengan lapan pilihan enjin, lima daripadanya menggunakan petrol: enjin 4-silinder (E 200 dan E 230), enjin 6-silinder (E 280 dan E 320) dan enjin 8-silinder (E 420). Ia juga didatangkan dengan enjin diesel 4-silinder (E 220) dan 6-silinder (E 300), dan juga enjin jenis turbodiesel pada (E 290).

Pilihan enjin OM 602 DE 29 LA 2.9 liter 5-silinder selari berkuasa diesel adalah salah satu kejayaan kejuruteraan Mercedes yang dilengkapi dengan turbocharger dan juga intercooler - yang pertama untuk kereta Mercedes-Benz.

Enjin baru itu merupakan langkah pertama Mercedes-Benz bagi memperkenalkan enjin diesel direct-injection untuk pengguna yang lebih mementingkan keselesaan.

Varian E-Class W210 yang paling berkuasa dilengkapi dengan versi E 55 AMG. Dilancarkan pada tahun 1997, ia menghasilkan 354 hp daripada enjin 5.5 liter V8 yang mencatat masa 5 saat sahaja untuk pecutan 0-100 km/j.

W210 E55 AMG dianggap lebih unggul daripada pesaing E39 M5 dari segi cengkaman dan kemudahan pemanduan

Namun demikian, varian khas eksklusif seperti ini tidak dapat menafikan kenyataan bahawa E-Class model W210 masih mengikuti tradisinya sebagai kenderaan paling berjaya dalam segmen eksekutif disamping menguasai bahagian pasaran yang lebih besar daripada model pendahulunya.

Secara keseluruhan, 1,374,199 sedan dan 279,238 wagon telah terjual sebelum ia digantikan oleh model W211 pada tahun 2002.

 

 

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Mercedes-Benz AMG E-Class

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Mercedes-Benz AMG E-Class
Cek Lebih