Kerjasama Kia Corporation dan Bermaz Auto Berhad (BAuto) yang membentuk Kia Malaysia Sdn Bhd baru sahaja mengeluarkan unit pertama Kia yang dipasang di kilang Inokom di Kulim, Kedah iaitu MPV Kia Carnival 2022 versi CKD.
Untuk makluman anda, pengeluaran Kia Carnival 2022 dalam bentuk CKD merupakan peristiwa penting kerana ia bukan untuk pasaran Malaysia sahaja, malah model yang dipasang lokal ini juga akan membabitkan pasaran ASEAN.
Juga baca: SAH: Tempahan Kia Carnival 2022 versi CKD kini dibuka, harga rasmi dari RM 231k - RM 261k
Menurut Pengarah Urusan Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, maklum balas pelanggan terhadap Kia Carnival CBU yang hadir dengan 11 tempat duduk amatlah menggalakkan dan dengan beransurnya model CKD, mereka percaya bahawa ia akan menerima sambutan yang sama.
Beliau juga mengulas bahawa, “Varian CKD akan menawarkan pendekatan yang berbeza untuk pasaran MPV moden dan mewah”.
Berkenaan hal ini, Kia Malaysia akan kekal dengan pelan untuk menjadi hab buat pasaran eksport yang disasarkan melalui pengenalan model-model CKD yang akan datang. Malah, pelan eksport mereka juga berada dalam landasan yang betul dan akan beransur tidak lama lagi.
Secara teknikal, Kia Carnival CKD yang bakal dilancarkan secara rasmi ini hadir dengan konfigurasi 7 dan 8 tempat duduk.
Harga yang ditawarkan adalah seperti di bawah:
Sebagai sebuah MPV di kelas atasan, Kia Carnival CKD lengkap dengan ciri premium seperti pemanas dan penyejuk tempat duduk, tempat duduk ‘Premium Relaxation’ pada baris kedua dan sistem audio 12 pembesar suara Bose.
Antara ciri yang ada termasuklah infotainment 12.3 inci yang bersambung cantik dengan kluster instrumen digital, pintu gelangsar berkuasa dan but belakang berkuasa.
Dari segi keselamatan pula, Kia Carnival CKD didatangkan standard dengan ciri ADAS seperti:
Dari segi nadi, Carnival CKD menggunakan enjin 2.2L turbodiesel yang menghasilkan 199 PS dan 400 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik 8 kelajuan.
Juga baca: Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi...
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}