Jika anda beranggapan acara yang menghimpunkan puluhan ribu motosikal tidak memberi sebarang faedah, ia salah. Kata kerajaan negeri Terengganu, Perhimpunan Yamaha RX-Z Members 4.0 2022 yang berlangsung minggu lalu memberi pulangan menguntungkan dari sudut ekonomi kepada rakyat negeri berkenaan.
Memetik laporan Utusan Malaysia, perhimpunan mega itu dikatakan menjana pendapatan jutaan ringgit dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengakui gembira dengan perkembangan itu.
Menerusi laporan yang diperoleh oleh Dr. Ahmad Samsuri, dikatakan seramai 25,000 peserta yang berdaftar hadir ke acara itu tetapi jumlah keseluruhan yang datang dianggarkan lebih 40,000 orang dari seluruh pelusuk negara.
Dan sepanjang peserta yang terbabit berada di negari itu, mereka akan berbelanja termasuk untuk penginapan seperti hotel, homestay, makan serta membeli-belah.
Juga baca: Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya?
“Saya juga mendapat laporan banyak kedai-kedai, restoran penuh dengan mereka (peserta Himpunan RX-Z Member 4.0). Penduduk tempatan pun nak pergi membeli pun tak ada ruang.
“Jadi ini sebenarnya satu limpahan ekonomi kepada masyarakat di negeri Terengganu terutama peniaga-peniaga. Jadi, saya percaya ini adalah salah satu ruang untuk merancakkan ekonomi di negeri Terengganu."
Kepada yang tidak tahu, program Himpunan RX-Z Members 4.0 dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mengulas lanjut, Dr. Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri bersedia menganjurkan program yang sama selepas ini berdasarkan manfaat serta sambutan luar biasa yang diterima daripada pemilik dan peminat Yamaha RX-Z," katanya.
Juga baca: Guna Yamaha RX-Z 'legend' jual aiskrim, tak nak jadi 'hamba' motosikal!
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa memaklumkan pihaknya hanya menerima dua laporan kehilangan motosikal Yamaha RX-Z sempena himpunan tersebut.
Menjawab dakwaan yang tular di media sosial yang mengatakan sebanyak 230 buah motosikal Yamaha RX-Z dicuri selepas acara berkenaan, Rohaimi berkata hanya 2 buat motosikal Yamaha RX-Z yang hilang.
Juga baca: Janji PM, 1 negeri, 1 litar 'drag', dapat sorakan gemuruh tapi...
Sumber imej: FB RXZ Members - Official
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}