window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya?

Khairil · Jan 24, 2021 08:00 PM

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 01

Susah sungguh nak menafikan populariti 'dahsyat' dimiliki motosikal Yamaha RX-Z. Saban tahun, ada saja berita 'pelik' mengenai jentera bertaraf legenda ini sama ada ingin dijual atau dibeli pada harga tak terfikir dek akal, dan ia bukan berita palsu.

Baru-baru ini, tular satu laporan di Terengganu di mana sebuah motosikal RX-Z ditawarkan harga setinggi RM50,000. Tetapi disebabkan nilai sentimental yang tinggi, ia tetap gagal memujuk pemiliknya untuk menjual.

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang mengejutkan, ia adalah jentera kondisi terpakai dan model buatan pertama pada 1985, bukannya berstatus New Old Stock (NOS).

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 01

Mengimbau sedikit sejarah, RX-Z yang menggunakan enjin 135cc, dua lejang tiba di pasaran Malaysia pada 1985 dan selepas itu, ia melalui pelbagai evolusi sebelum pengeluarannya dihentikan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HYLM) pada 2011.

Generasi pertama Yamaha RX-Z hadir dengan kotak gear 5-kelajuan sebelum ia dinaik taraf kepada kotak gear 6-kelajuan beberapa tahun selepas itu.

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 02

Ia turut mendapat beberapa pembaharuan dari sudut kosmetik pada 2004 menerusi model RX-Z Catalyzer dengan pengenalan lampu dengan dan belakang yang agak moden selain beberapa perubahan lain seperti penggunaan catalytic converter.

Sekali pun masih popular, pengeluarannya tetap dihentikan dan antara sebabnya adalah dikatakan bagi mengawal tahap pencemaran. Sebagai info, motosikal dua lejang menghasilkan asap yang banyak dan selain itu, ia juga laju yang menjadikannya pilihan golongan mat rempit untuk berlumba.

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 03

Justeru, apa yang menyebabkan motosikal yang pernah menjadi buruan 'abang-abang polis' ini terus popular? Ini yang kami dapat huraikan.

Nilai sentimental, imbau memori

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 04

Bagi motosikal yang sangat terkenal pada era 90-an dan awal millenium, pasti ramai di kalangan golongan remaja dan anak muda ketika itu menjadikan RX-Z sebagai jentera idaman mereka.

Selepas era itu berakhir, ia bagaikan mengimbau kembali memori dan bagi yang berkemampuan, mereka akan cuba mendapatkannya dalam apa juga cara termasuk bersedia mengeluarkan wang yang banyak.

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 05

Sumber imej: Lazada

Untuk peminatnya yang tidak berkesempatan atau tidak berkemampuan memilikinya ketika itu, ia pula boleh dianggap sebagai misi membalas dendam, "Jika dulu tak dapat, sekarang dapat pun apa salahnya," kata Awang (bukan nama sebenar).

Jadi hobi, barang koleksi

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 06

Sumber imej: Peminat Rxz Selamanya - blogger

Sudah menjadi trend ketika ini yang menjadikan pemilikan RX-Z ini sebagai hobi dan koleksi. Jika sesuatu barangan itu sudah berada di tahap itu, seperti hobi-hobi lain juga hatta mengumpul setem, wang ringgit bukan lagi satu masalah.

Lebih mengujakan bagi RX-Z, ia adalah hobi yang boleh ditunggang dan dibawa berjalan-jalan termasuk berkonvoi. Selain itu, kesukaran mencari alat ganti original turut menjadikan harganya melambung. Kenapa? Tidak semua orang boleh memilikinya kerana ia 'rare'.

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 07

Sumber imej: RXZ Members - Official

Permintaan masih ada dan tinggi

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 08

Sumber imej: Peminat Rxz Selamanya - blogger

Seperti asas ekonomi, selagi ada permintaan dan penawaran, harga sesuatu barang itu akan kekal dan berpotensi melonjak. Bagi motosikal yang sudah dihentikan pengeluarannya seperti RX-Z, ia menjadikan jentera itu makin sukar didapati sekali gus meningkatkan harganya.

'Laju bak hang'

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 09

Sumber imej: Youtube 135Z YAMAHA RZR-RXZ

Seperti diketahui, enjin 2 lejang sememangnya cukup berkuasa. Ia mampu menghasilkan kuasa dan tork yang tinggi. Bagi RX-Z yang menggunakan enjin 135cc, kemampuannya untuk melepasi kelajuan 180kmj (dengan modifikasi) memang sesuatu yang mengagumkan.

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 10

Sumber imej: RXZ Members - Official

Malah ada yang berani mendakwa ia boleh lebih laju dan mampu membuatkan jentera yang jauh lebih mahal 'makan asap'. Menjadikannya lebih unik, dengan sedikit ubahsuai saja antaranya penukaran ekzos, kelajuan RX-Z boleh ditingkatkan dengan agak banyak. Kerana itu, ia menjadi antara pilihan golongan Mat Rempit untuk berlumba di jalanan satu ketika dulu.

Reka bentuk menarik

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 11

Ramai yang pelik dan mempersoal 'apa yang menariknya reka bentuk RX-Z ni? Tetapi perlu diingat, ketika ia dilancarkan lebih 30 tahun lalu, reka bentuknya itu boleh dianggap merentas zaman. Malah sehingga kini, ia masih boleh dianggap menarik, sedap dipandang dan ditambah gaya retro.

Publisiti luar biasa

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 12

Sumber imej: RXZ Members - Official

Sering dikaitkan dengan gejala Mat Rempit dan aktiviti perlumbaan haram turut meningkatkan populariti RX-Z. Seperti kata 'orang putih'. tiada publisiti yang dianggap publisiti buruk. Bagi RX-Z, ia amat sepadan.

'Sedap' ditunggang

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 13

Sumber imej: RXZ Members - Official

Rata-rata pemilik jentera ini menyatakan ia 'sedap' untuk ditunggang. Sebagai sebuah jentera 'naked', secara asasnya ia memang mudah dikendalikan. Sebagai contoh, ramai rakan penulis yang belajar di universiti menggunakannya sebagai kenderaan untuk pulang ke kampung dan bagi mereka, ia 'selesa'.

Konklusi

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 14

Selepas hampir lebih 10 tahun pengeluarannya dihentikan, kelibat Yamaha RX-Z sebenarnya makin sukar untuk dilihat di jalanan. Ia kini digantikan beberapa 'saudaranya' yang turut popular termasuklah Y15ZR atau YSuku.

Jika melihat kepada laman web jual beli popular di negara ini, memang benar ia masih salah satu motosikal yang mendapat permintaan tinggi. Harganya juga berbeza-beza, ada yang tidak begitu mahal namun ada yang mencecah puluhan ribu ringgit mengikut tahun dan kondisi.

Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya? 15

Sumber imej: Haqiem46 Yamaha Store

Bagi jentera seperti RX-Z, sebenarnya tiada apa yang pelik jika ia dijual dengan harga 'kayangan'. Sebagai pengguna, jika kita tidak mampu, abaikan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda