Bagi mereka yang mengatakan bahawa warisan rali Mitsubishi hanya tinggal kenangan, mari kami buktikan anda salah dengan Mitsubishi Xpander AP4. Ya, ini adalah satu-satunya Xpander di dunia yang direka khusus untuk acara rali!
Kereta yang sama juga memberi inspirasi kepada Mitsubishi Motors Malaysia dan Speedline Industries untuk mencipta Xpander Motorsport. Xpander AP4 adalah hasil kerjasama diantara Mitsubishi Motors Indonesia dan Team Ralliart New Zealand untuk bersaing dalam kelas tertinggi Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) – AP4 (Asia Pasifik 4).
Memandangkan Xpander AP4 dibina untuk rali, unit petrol MIVEC 1.5 liter aspirasi semula jadi (105 PS/141 Nm) telah ditukar dengan enjin 1.6 liter 4B11T pengecas turbo (300-340 PS/556 Nm).
Baca juga: Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X!
Peminat tegar Mitsubishi akan mengenali kod enjin ini kerana ia juga terdapat dalam Mitsubishi Lancer Evolution X. Walaupun unit asal pada Evo yang terakhir ialah unit 2.0 liter, ia telah melalui proses penurunan seseran ke 1.6 liter untuk memenuhi peraturan AP4.
Baca juga: Legenda Mitsubishi Lancer Evolution – 10 model, 4 kali juara rali dunia, kenapa ramai yang minat?
Kuasa dihantar ke keempat-empat roda melalui transmisi manual 6-kelajuan Xtrac atau Sadev manakala 3 LSD (limited slip differential) mekanikal di hadapan, tengah dan belakang Xpander AP4 membolehkan pengagihan tork yang lebih baik agar ia mampu menyerang selekoh dengan lebih baik.
Baca juga: Mitsubishi Xpander AP4 versi rali bakal memberi pertarungan sengit!
Xpander AP4 dipandu oleh pemandu rali warga Indonesia, Rifat Sungkar dan baru-baru ini dia memuat naik video dirinya membawa Xpander rali itu drift di sekitar litar tertutup. Dalam siaran video pendek, anda boleh mendengar Xpander itu menggelongsor sambil mengaum, berbeza dengan mana-mana Xpander lain yang dijual sekarang.
Menjelang penghujung video, Rifat menunjukkan keterujaannya dengan cara Xpander AP4 memandu. Pemandu rali itu juga merupakan duta jenama Mitsubishi Motors Indonesia.
Apa pendapat anda tentang Xpander AP4? Ia mungkin tidak membuat pusingan di Malaysia tetapi Xpander Motorsport mungkin cukup dekat untuk MPV 7 tempat duduk yang diilhamkan oleh sukan permotoran.
Klik pada pautan biru di bawah untuk menyemak tarikh di mana anda boleh melihat Mitsubishi Xpander Motorsport secara dekat di pengedar Mitsubishi berhampiran anda.
Baca juga: Saksikan Mitsubishi Xpander Motorsport secara fizikal, kini di bilik pameran berikut!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}