MV Agusta Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat kepada AFY Mobility Sdn Bhd (AMI) secara rasmi dilantik MV Agusta Motor yang berpangkalan di Itali sebagai pengedar eksklusif dan tunggal baharu jenama motosikal premium itu di pasaran tempatan.
Selain pengedaran dan penjualan motosikal, MV Agusta Malaysia turut bertanggungjawab terhadap pengedaran dan jualan perkakasan, komponen istimewa, cenderahati jenama itu di Malaysia.
Sebagai info, MV Agusta Malaysia Sdn Bhd adalah syarikat yang baru ditubuhkan dan menurut MV Agusta Motor, motosikal yang akan dijual di pasaran tempatan itu akan dipasang di fasiliti pemasangan dan latihan AMI yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.
Juga baca: 'Hyper naked' ganas, MV Agusta Brutale 1000 RR 2021 dilancar, kuasa kekal 208 Hp, 116.5 Nm!
Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta Motor S.p.A, Timur Sardarov dalam kenyataan berkata pihaknya teruja dengan kerjasama baharu dan penting yang meningkatkan kehadiran MV Agusta di salah satu kuasa ekonomi dinamik di rantau Asia Tenggara.
"Penyelesaian yang diperoleh dengan pemasangan tempatan CKD dengan rakan kongsi akan meningkatkan daya saing kami di rantau ini, selaras dengan strategi pengembangan global kami. Saya mengharapkan agar MV Agusta Malaysia yang baru ini mencapai kejayaan.”
Sebagai rekod, MV Agusta yang berpangkalan di Varese, Itali tidak asing dan memiliki sejarah yang panjang dengan Malaysia malah pada satu ketika pernah dimiliki oleh Proton Holdings sebelum dilanda pelbagai masalah selepas itu.
Juga baca: 11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia!
Bayangan mengenai kerjasama AMI dengan MV Agusta pertama kali diperoleh ketika majlis pelancaran pembangunan projek jenama motosikal nasional kedua AM-2 dengan beberapa model jenama itu turut dipertontonkan di majlis berkenaan.
Sebagai info, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Yahaya adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Suzuki Malaysia yang turut membuat kemunculan semula secara rasmi, baru-baru ini.
Juga baca: Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}