Sebulan yang lalu, BYD sendiri mengumumkan bahawa mereka akan memasang (CKD) model EV di Thailand. Kini, pengeluar EV China itu baru sahaja mengesahkan bahawa mereka akan turut tiba di Malaysia dan Sime Darby Motors (SDM) bakal menjadi pengedar rasminya.
Juga baca: Sime Darby dalam perbincangan dengan BYD, pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar di dunia!
Eagle Zhao iaitu wakil dari BYD Motor Indonesia juga akan menjadi Pengarah Urusan buat BYD Malaysia Sdn Bhd.
Untuk makluman anda, upacara perjanjian edaran ini ditandatangi di Sime Darby Motors City di Ara Damansara dan ia disaksikan sendiri oleh Andrew Basham iaitu Pengarah Urusan Sime Darby Motors dan Liu Xuelliang, Pengurus General BYD Asia Pacific Auto Sales Division.
Secara amnya, perjanjian ini melibatkan edaran model ATTO 3 dan e6. Kalau anda nak tahu, kedua-dua model ini sudahpun dijual di Singapura (CBU dari China).
Juga baca: Sime Darby menang tender RM 37 juta untuk membekalkan 100 unit teksi BYD E6 elektrik di Singapura!
Apapun, BYD tidak memberitahu apa-apa mengenai sumber model BYD untuk pasaran kita nanti tetapi ia mungkin datang dari kilang baharu di Thailand yang bakal siap sebagai pusat serantau buat sumber bekalan BYD.
Juga baca: RM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand
Kata Andrew Basham, “Selari dengan komitmen kami untuk menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan rakyat Malaysia, kami berbesar hati menjemput BYD ke dalam gagasan ini demi mengembangkan lagi portfolio model-model EV kami. BYD adalah peneraju dalam sektor kenderaan bertenaga baharu dan ikatan perkongsian ini akan membawa kepakaran BYD ke pasaran Malaysia melalui pelbagai model EV. Kolaborasi kami dengan BYD merupakan salah satu langkah Sime Darby Motors dalam menjadi peneraju dalam dunia EV di Malaysia. Usaha ini juga selari dengan gagasan kerajaan dalam menyasarkan mobiliti karbon rendah”.
Pada masa yang sama, Liu Xuelliang turut mengulas bahawa, “Malaysia adalah pasaran penting untuk kami berkembang kerana terdapat banyak peluang untuk menginovasikan ekosistem EV. Dengan rekod mereka yang cemerlang dalam sektor automotif di rantau Asia Pasifik, kami rasa teruja untuk bekerjasama dengan Sime Darby Motors bagi memenuhi permintaan EV di Malaysia yang dilihat semakin berkembang”.
Juga baca: Spyshot: BYD Atto 3 diintip di Thailand, EV ini menyusul ke Malaysia di bawah Sime Darby?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}