window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: BYD Atto 3 diintip di Thailand, EV ini menyusul ke Malaysia di bawah Sime Darby?

Haris ยท Sep 23, 2022 02:00 PM

Spyshot: BYD Atto 3 diintip di Thailand, EV ini menyusul ke Malaysia di bawah Sime Darby? 01

Sebelum ini, Wapcar.my ada melaporkan bahawa jenama China, BYD mempunyai rancangan untuk meluaskan perniagaannya di Thailand. Selain itu, Sime Darby juga dikatakan sedang berbincang dengan pengeluar kereta elektrik (EV) terbesar di China ini untuk pasaran Malaysia.

Kini, imej intipan model mampu milik BYD Atto 3 tular di laman sosial sedang melakukan ujian atas jalan di Thailand.

BYD Atto 3 turut dikenali sebagai BYD Yuan Plus di China serta model pasaran ASEAN ini dijangka akan mencerminkan spesifikasi model yang sudah dijual di Australia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: BYD Atto 3 diintip di Thailand, EV ini menyusul ke Malaysia di bawah Sime Darby? 01

Dibina pada e-platform 3.0 yang direka khas untuk EV berprestasi tinggi, pek bateri BYD Atto 3 standard adalah 49.92-kWj. Ini menawarkan jarak tempuh sekurang-kurangnya 320 km berdasarkan ujian WLTP. Motor elektrik yang dipasang di hadapan menghasilkan 204 PS dan 310 Nm.

Rever Automotive Company Limited, pengedar BYD di Thailand merancang untuk melancarkan BYD Atto 3 di negara tomyum itu menjelang 2022.

Syarikat itu juga merancang untuk memulakan pemasangan tempatan selepas kumpulan pertama jualan BYD Atto 3 yang diimport dari China tiba di sana.

Spyshot: BYD Atto 3 diintip di Thailand, EV ini menyusul ke Malaysia di bawah Sime Darby? 02

Ketika ini, Sime Darby masih dalam perbincangan awal untuk membawa BYD ke Malaysia. Syarikat kereta elektrik (EV) terbesar Malaysia ini dipercayai akan membawa masuk sehingga 2,000 unit EV dari BYD menjelang 2022, dan 10,000 unit lagi pada 2023.

Pada Jun 2022, BYD Auto mengumumkan bahawa mereka telah menjual kira-kira 641,000 unit kenderaan elektrik EV pada separuh pertama 2022, mengatasi Tesla untuk menjadi pengeluar EV terbesar di dunia.

Baca: Sime Darby dalam perbincangan dengan BYD, pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar di dunia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BYD ATTO 3 Standard Range

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia