window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BYD Atto 3 kekal rekod 10 unit terjual sehari di Malaysia, selepas 3 bulan dalam pasaran!

Haris ยท Apr 12, 2023 06:00 PM

BYD Atto 3 kekal rekod 10 unit terjual sehari di Malaysia, selepas 3 bulan dalam pasaran! 01

Sime Darby Motors telah berjaya memecahkan rekod dengan penyerahan 1,000 kenderaan dalam masa 100 hari. Detik bersejarah ini telah diraikan bersama 1,000 pemilik pertama BYD di Malaysia dalam satu majlis penyerahan besar-besaran yang pertama sepertinya di Stadium Negara Bukit Jalil.

Majlis ini menandakan satu lagi mercu jaya bagi Sime Darby Motors, berikutan penyerahan 100 unit dalam masa 10 hari pertama selepas pelancaran BYD di Malaysia.

Baca: 100 pemilik pertama EV BYD Atto 3 di Malaysia terima kereta melalui penyerahan istimewa

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BYD Atto 3 kekal rekod 10 unit terjual sehari di Malaysia, selepas 3 bulan dalam pasaran! 01

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Hong Kong dan Macau, berkata, โ€œSambutan yang julung kali diadakan ini menandakan satu mercu jaya penting dalam pemasaran kenderaan elektrik Malaysia (EV), mencerminkan tahap populariti dan penerimaan EV yang semakin meningkat di negara ini."

"Kami sukacita untuk mengekalkan momentum penyerahan BYD Atto 3 kami kepada pelanggan, dan hari ini merupakan satu majlis yang bertujuan meraikan semua pemilik kereta baharu. Kami akan terus memacu pertumbuhan permintaan EV di seluruh segmen pasaran kami.โ€

BYD Atto 3 kekal rekod 10 unit terjual sehari di Malaysia, selepas 3 bulan dalam pasaran! 02

Mengulas mengenai kejayaan penting ini, Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd dan PT BYD Motor Indonesia berkata, โ€œPencapaian pecah rekod hari ini sesungguhnya memperlihatkan kerjasama kukuh dengan Sime Darby Motors dan kami yakin dengan prospek pertumbuhan EV di Malaysia."

"Kami berharap para pemilik BYD menikmati pengalaman unik bersama kami pada hari ini dan kami akan terus berusaha membawakan teknologi tenaga dan produk tenaga baharu di Malaysia pada masa depan. Kini rakyat Malaysia berpeluang untuk memanfaatkan kelebihan dan keseronokan EV.โ€

BYD Atto 3 kekal rekod 10 unit terjual sehari di Malaysia, selepas 3 bulan dalam pasaran! 03

Sejajar dengan kejayaan menyerahkan kenderaan baharu, BYD baru-baru ini membuka bilik pameran terbaharunya di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Terletak di lokasi popular dan mudah dikunjungi di Pulau Pinang, bilik pameran terkini ini menyediakan ruang yang selesa dan menarik seluas 1,500 kps untuk pelanggan bersantai, berinteraksi dengan kakitangan BYD yang dilatih secara profesional dan berpengetahuan, dan mempelajari lebih lanjut tentang teknologi canggih yang
ditawarkan oleh BYD.

Para pelanggan boleh mengambil kesempatan ini untuk memandu uji BYD Atto 3 dalam kunjungan mereka ke bilik pameran. Stesen pengecasan percuma juga terletak di tingkat 6 Gurney Plaza, dan disediakan oleh Sime Darby Motors. Bilik pameran Gurney Plaza dibuka setiap hari dari jam 10pg hingga 10mlm.

BYD Atto 3 kekal rekod 10 unit terjual sehari di Malaysia, selepas 3 bulan dalam pasaran! 04

Pusat perkhidmatan lepas jualan BYD pula terletak hanya 6 kilometer dari situ di Sungai Pinang. Pusat servis ini menyediakan alat ganti dan perkhidmatan membaiki dan mengecat badan kenderaan, yang tersergam di atas kawasan seluas 20,000 kps, yang menyediakan kemudahan lancar dan menyenangkan untuk memenuhi keperluan pelanggan bagi sebarang perkhidmatan lepas jualan.

BYD Atto 3 kekal rekod 10 unit terjual sehari di Malaysia, selepas 3 bulan dalam pasaran! 05

BYD Atto 3, yang boleh didapati dalam dua pilihan, dijual pada harga daripada RM149,800 bagi Standard Range dan RM167,800 bagi Extended Range, dengan pilihan lima warna, iaitu Surf Blue (Biru Luncur), Parkour Red (Merah Parkour),
Boulder Grey (Kelabu Batu), Forest Green (Hijau Belantara) dan Ski White (Putih Ski).

Baca: BYD Atto 3 dilancar di Malaysia - dari RM 150k, SUV EV saiz X50 dengan jarak pandu 480 km

BYD Atto 3 kekal rekod 10 unit terjual sehari di Malaysia, selepas 3 bulan dalam pasaran! 06

BYD Atto 3 menggabungkan ciri-ciri terkini dan menyediakan jarak penggunaan bateri cemerlang untuk perjalanan sehingga 480km sekali cas. Dibina menggunakan teknologi terkini BYD berasaskan e-platform 3.0, EV prestasi tinggi ini dilengkapi dengan ciri-ciri pintar dan cekap serta piawaian keselamatan tiada tandingan dan keanggunan luar biasa.

Baca: Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BYD ATTO 3 Standard Range

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia