window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand

Zamil Syaheer · Aug 11, 2022 09:00 AM

RM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand 01

BYD, satu lagi pengeluar kenderaan elektrik (EV) telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Thailand sebagai pangkalan pengeluarannya dengan penampilan rasmi dalam pasaran kenderaan penumpang.

RM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand 02

BYD bekerjasama dengan Rêver Automotive Co., Ltd., diketuai oleh keluarga Phornprapha yang pernah dikaitkan dengan Nissan di Thailand. Semasa pelancarannya sebagai pengedar BYD, syarikat itu mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya satu model akan diperkenalkan lewat tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

RM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand 01

Tiada model khusus yang dinyatakan tetapi kami yakin ianya adalah Atto 3 yang sudah tersedia di beberapa pasaran pemanduan kanan (RHD) seperti Singapura dan Australia.

RM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand 02

Pengumuman BYD Jepun

Thailand ialah pasaran pandu kanan keempat yang BYD telah umumkan dalam tempoh setahun lalu. Selain Australia, Singapura dan Thailand, pembuat EV China itu turut mengumumkan pelancaran di Jepun.

Baca juga: BYD bakal 'mengganggu' pelan pengembangan EV Jepun Toyota, Nissan & Honda dengan 3 model pada 2023

RM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand 03

Kereta penumpang BYD yang sejuta dari kilang Shenzhen

Walaupun pelan pengedaran hanya disebutkan pada 3 pasaran yang lain, Rêver juga telah menyebut hasrat BYD untuk memulakan produksi di Thailand. Ini adalah selaras dengan matlamat negara Thailand untuk menjadi hab pembuatan EV di rantau ini menjelang 2035.

Baca juga: Thailand mahu semua kereta elektrik menjelang 2035, enjin pembakaran gugur berperingkat

RM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand 04

Bilik pameran di Singapura

Untuk mencapai matlamat BYD sebagai Top 5 pengeluar kereta di Thailand dalam tempoh 5 tahun akan datang ialah pelaburan sebanyak THB 3 bilion (~RM 378 juta) oleh Rêver. Mereka juga mengumumkan bahawa 31 bilik pameran dan pusat servis bakal dibuka menjelang akhir tahun ini dengan 5 bilik pameran pertama akan dibuka di Bangkok.

RM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand 05

Walaupun proses pemasangan tempatan (CKD) sedang giat dijalankan, kumpulan awal model akan diimport dari China. Rêver menyasarkan jualan domestik kereta BYD berada pada 10,000 unit pada tahun pertama dan meningkat kepada 50,000 hingga 60,000 unit dalam tempoh 5 tahun akan datang.

RM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand 06

Selain itu, BYD juga telah bekerjasama dengan penyedia stesen pengecas EV Thai, Sharge untuk melancarkan lebih daripada 1,000 stesen pengecasan pantas di seluruh negara sambil juga bertujuan untuk mendidik rakyat Thailand tentang faedah memiliki EV.

Baca juga: Thailand agresif mahu jadi negara EV tapi 3/4 rakyat rasa infrastruktur pengecaj masih tak cukup!

RM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand 07

Unit di Singapura

Kabinet Thailand telah meluluskan insentif EV termasuk subsidi untuk meningkatkan industri dari segi pembelian dan pengeluaran antara 2022-23 pada Februari. Subsidi berkisar antara THB 70,000 hingga THB 150,000 (~RM 8.8k - RM 19k) berdasarkan jenis kenderaan dengan cukai eksais dan duti import yang lebih rendah dikenakan untuk kedua-dua model CKD dan CBU.

Baca juga: Ora Good Cat 'tapau' jualan EV Thailand pada S1 2022, boleh ke ulang kejayaan di Malaysia?

RM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand 08

BYD sudah pun mempunyai kehadiran di Thailand di mana kenderaan komersialnya termasuk van elektrik dan forklift dijual oleh Siam ATR. Dengan Rêver menjadi pengedar tunggal BYD yang juga akan merangkumi bahagian kenderaan komersial, mungkin BYD boleh masuk di Malaysia.

Baca juga: BYD akan pasang EV CKD di Malaysia menerusi CSH Alliance

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda